Memang Nampak Cantik Tapi, Ini Hukum Wanita Memakai Pewarna Kuku.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang terkejar-kejar akan trend sehingga ada yang mengabaikan hukum agama. Memang cantik kalau pakai apa saja yang mengikut trend, barulah tak ketinggalan dan sentiasa up to date. Tapi jangan berlebihan sehingga melanggar apa yang dilarang.


Selain dari cara berpakaian seperti gaya tudung dan juga jenis baju, ada perkara lain yang kita mengikut trend. Sebagai contoh penggunaan perwarna kuku.



Memang nampak cantik kalau kuku di jari berwarna warni. Nak-nak lagi dengan pelbagai jenis warna.

Tapi mesti ramai yang tertanya-tanya, apa hukum sebenar akan seorang wanita memakai pewarna kuku, kan? Memandangkan sekarang sudah menjadi satu trend bagi seseorang wanita itu mewarna kukunya.



Menurut Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil, hukumnya adalah harus dan tidak salah. Ini kerana mewarnakan kuku adalah sebahagian daripada kecantikkan yang dikhususkan untuk kaum wanita. Zaman wanita dahulu, mereka menggunakan inai.

Walaubagaimanapun, warna yang digunakan haruslah sederhana dan tidak terlalu terang. Sekiranya bahan yang digunakan tidak mesra air, maka wajib bagi mereka untuk menanggalkannya sebelum menyempurnakan wuduk untuk bersolat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen