Gadis Kongsi Kisah Dugaan Bertunang, Disihir Tanpa Sedar Agar Porak Peranda Hidup. Moga Jadi Iktibar Bersama.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata dugaan saat bertunang ini lebih hebat dari masa berkahwin. Masa inilah hati bercampur baur dan pelbagai rasa. Nak pilih seseorang yang bakal menjadi peneman hidup dan berkongsi rasa, walaupun sudah hampir menjadi yang halal tapi bukan mudah.

Selalunya, dugaan bertunang yang kita dengar adalah jumpa kekasih lama, pasangan curang tapi yang ini lain dia punya dugaan. Bukan mudah nak harungi kalau hati tak betul-betul kental untuk berdepan dengan perkara ini.

Nak-nak lagi kalau dah main dengan benda tak nampak ini, lagi susah nak selesaikan. Seperti kisah yang dikongsikan oleh Sya Aisyahra ini. Hebat betul ujian beliau. Semoga kita dapat pengajaran daripada perkongsiannya.



Ini perkongsian beliau.

Dugaan bertunang itu benar, dugaan depression itu benar, aku cuba bangun dan kuat balik, setahun disihir tanpa sedar.

Bismillah. Sebenarnya dah lama simpan rasa untuk share, tapi masih rasa takut. Harini kuatkan semangat untuk menulis. Ada kebaikan boleh ambik iktibar bersama, jika khilaf dan salah itu kekurangan saya. Wallahualam.. * posting ini panjang, saya halalkan share jika untuk kebaikan.

Jun 2019. Aku bermula jadi tunangan orang. Segalanya nampak smooth walaupn sebulan sebelum (ramadhan) aku rasa macam salah buat keputusan. Boleh dikatakan setiap hari menangis dan sedih.. (Perasaan mula berkecamuk)



Atas pujukan keluarga dan layanan baik si dia, kami bertunang. Tarikh sepatutnya aku nikah pada Oktober 2019 (bulan 10 selepas tunang 3 bulan sperti dirancang)

Tak sampai seminggu bertunang, aku makin rasa mnyesal bertunang, rasa memberontak dan perlahan-perlahan agresif. Berkali-kali aku mengamuk nak terjun dari kereta, bergaduh dengan family, cederakan diri sendiri dan 2 kali dibisik syaitan untuk bunuh diri. Allahu



Dalam tempoh tu, macam-macam lagi dugaan lalui, aku tergilakan orang lain, aku banyak buat perangai teruk-teruk supaya tunang aku tak tahan, dengan family pun rasa porak peranda bergaduh adik beradik. Aku mula suka menyendiri, layan perasaan dan murung.

2 kali percubaan untuk ikhtiar cara kampung, tapi tak jalan. (Allah belum izin) Aku makin agresif dan murung sampai tak makan. 2 kali aku pengsan tiba-tiba sebab sakit kepala melampau. Masa kena warded, jantung otak semua doc check, Alhamdulillah takda penyakit cumanya aku diberikan surat panic attack dan next checkup untuk anxiety disorder dan sesi kaunseling.



Aku degil sangat kalau keluarga nak bawak jumpa ustaz. Aku yakin yang aku sihat.(kononnya)

Pendekkan cerita, macam-macam sakit yang aku lalui dan buatkan orang sekeliling aku sakit sekali dengan perangai aku,
(Ayah, kalaulah ayah ada, mesti mak tak sorang-sorang fikirkan cik nangis risaukan cik)

Puas berjuang, 2 kali putus tunang. Wallahualam masih ada harapan dibaiki atau tidak itu rencana allah aku serahkan, sebab kita sudah usaha.



Sampaikan awal Ogos baru ni, ada hamba Allah datang nasihat aku suruh berubat. Sebab dia tegur aku terlalu ‘lain’. Dalam tempoh aku berperang nak ‘berubat’, tubuh aku seolah interaksi dan berperang. Badan rasa berat, sakit-sakit sendi, hilang semangat, rasa putus asa untuk hidup, sakit kepala yang berterusan, panas kaki seperti terkena air rebusan cili. Dan sakit luar dari kebiasaan. Siksa Allah shj tau.

Sampailah satu hari Allah bukakan jalan aku berjumpa Ustaz di Darussayaifa kedah. (Perubatan Islam 100% dengan rukhyah dan bacaan Al quran shj)

Allahu, disinilah terungkai satu dugaan terhebat selama 25tahun aku di atas bumi Allah. Setahun lebih bendasing menumpang dan kawal untuk aku jdi bukan diri aku. Hanya Allah yang tahu peritnya dugaan selama setahun lebih disihir oleh manusia kianat yang berhajat nak aku tak jadi kahwin dan seterusnya nak jadikan aku gila.



*difahamkan ketika sya tak sedar, ‘ia’ mengaku dihantar oleh seorang prempuan, yang niatnya cuma nak hidup sayaa porak peranda & hancur.

PESAN SYA, JANGAN SESEKALI RASA TAKUT UNTUK IKHTIAR BERUBAT, KITA ADA ALLAH YANG SATU. Allah izin kesembuhan buat Kita InshaAllah, sesiapapun tidak punya kuasa selainNya.

Alhamdulillah sekarang aku dalam tempoh rawatan susulan dan InshaAllah doakan aku sihat dan sembuh balik dari segala yang tak baik. Aku dah redha dengan segalanya sebab aku yakin pasti ada hikmah dan bahagia yang Allah dan siap untuk mereka yang diuji hebat :’)

========================
Apa yang dapat dikongsikan moga menjadi pedoman buat semua. Iktibar untuk

1) Rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan. (Sebab selain syaitan, mungkin ada manusia yang akan khianat dan dengki dengan kita dalam kita sedar mahupun tidak)

2) Dugaan bertunang itu sememangnya berat. Untuk adik-adik kat luar sana yang berhajat nak tunang lama 2 3 tahun baru kahwin, fikirlah berkali-kali sebab masa tunang ni bukan sahaja kau diuji dengan perasaan, duit, keluarga malah diuji dengan rasa penyesalan, nak orang lain, teringat kekasih lama, rasa tak layak, nak putus, takmau kahwin, benci & sebagainya.

3) Jangan selalu overthinking. Jangan paksa diri kau fikir terlalu jauh. Takut nanti kahwin hidup susah, kahwin lambat dapat anak, kahwin tak bahagia, selalu gaduh, bercerai berai.. jangan fikirkan macam tu. JANGAN ! Semua tu bisikan syaitan supaya kau lalai, tak nikah dan terus dalam maksiat. Setan kan suka orang couple ja kahwin takleh la pahala dia taksuka 

4) Selalu komunikasi dengan pasangan.
Jangan selalu gaduh sampai tak cuba cari kata putus. Ada hal boleh mintk pendapat keluarga, dan ada jugak hal yang jangan dulu libatkn orang tua sebab takut makin memburuk. Tenang dan cuba banyakkan diri bercerita, fahamkn pasangan dn orang sekeliling.

5) Selalu jaga tiang kita, Solat Quran dan Doa. Senjata tu. Kadang kita lepas kat sini kita makin lost (Tera solat pun kena sihir nauzubillah, tapi sekurangnya aku bertahan untuk terus hidup sebab pegangan tu Allah msih jaga, Alhamdulillah)

6) Jangan takut untuk dapatkan rawatan. Kaunseling keluarga, ustaz dan rawatan Islam (rukyah dengan bacaan ayat Al quran).

Kadang kita sendiri memang taktau yang kita ‘sakit’ sampaikan mudarat baru kita jumpa jalan. Jangan menyerah untuk ikhtiar selagi ada cara, InshaAllah Allah izin.

Dunia makin hampir dengan khiamat. Dimana manusia melakukan syirik kepada Tuhan dan berbangga-bangga denganNya. Untuk sesiapa yang alami nasib sepertiku, sayaa doakan Allah permudahkn jalan kalian sembuh kembali.
Untuk sesiapa yang sanggup sihir orang ni, yakinlah semua ditangan dia. Takut nanti azab kt sana tak tertanggung buat orang macam tu. Baliklah ke pangkal jalan, kita semua milik dia.

** Maaf posting yang panjang. Harap dapat jd ikhtibar dan sekaligus nak bersihkan jika ada salah faham dan fitnah dari orang luar. Sayaa dah penat sangat nak hadap macam-macam, doakan semuanya baik-baik. Untuk yang selalu kata dan cakap macam-macam sebelum ni takpa sya maafkan dah. Doakan sya terus kuat smgat, sihat dan bahagia. Amiin ya rabb.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen