Meninggal Selepas Ceraikan Isteri Yang Masih Dalam Eddah, Bagaimana Kiraannya?

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam ilmu rumahtangga ini banyak perkara yang perlu kita ambil tahu. Bukan hanya bab bagaimana nak nikah kahwin saja tetapi bagaimana juga kalau tiba-tiba berlaku perpisahan yang tidak dijangkakan.

Tentunya bukan semua orang menginginkan perkara sebegini berlaku, tetapi tiada siapa tahu apa yang berlaku pada masa akan datang. Pelbagai situasi boleh berlaku, sebagai contoh seperti ini,



“Seorang lelaki telah menceraikan isterinya kemudian lelaki itu telah mati sebelum habis eddah isterinya itu. Adakah kiraan eddah isteri tersebut dengan eddah biasa atau dengan eddah wafat?”

Walaupun perkara seperti ini jarang berlaku, tapi bagi menggelakkan kemusykilan kemudian hari kita fahamkan penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus ini.



Jika mati suami ketika isterinya dalam eddah raj’ie dan tidak hamil maka berpindahlah eddah kepada eddah wafat yaitu selama empat bulan dan sepuluh hari.

Berkata Mufti Jordan Dr Nuh Ali Sulaiman :

إذا كانت المرأة مطلَّقة طلاقًا رجعيًّا ثم تُوفِّي زوجها وهي في العدَّة؛ فإنها تنتقل إلى عدة الوفاة، فتعتدُّ أربعة أشهر وعشرة أيام إن لم تكن حاملاً، لقوله تعالى: (وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا) البقرة/234. وإن كانت حاملًا فلا تغيير على العدّة؛ لأنها على أي حال تنتهي بوضع الحمل.
Artinya : “Apabila adalah perempuan yang ditalak itu dengan talak raj’ie kemudian mati suaminya sedangkan dia masih dalam eddah maka sungguhnya berpindahlah eddah kepada eddah wafat. Maka bereddahlah perempuan itu empat bulan sepuluh hari jika tiada ia hamil kerana firman Allah Taala : Dan orang-orang yang meninggal dunia dari kalangan kamu dan meninggalkan isteri-isteri hendaklah menahan diri isteri-isteri itu selama empat bulan sepuluh hari – Al-Baqarah 234. Dan jika adalah perempuan tersebut hamil maka tidaklah berubah atas eddah kerana sungguhnya ia atas apa kelakuan selesai eddah dengan melahirkan anak.”

Maksudnya jika perempuan yang diceraikan itu sedang beredah dengan tiga kali suci misalnya lalu mati suaminya sebelum berlalu tiga kali suci nescaya berpindahlah eddah kepada eddah wafat. Maka perempuan tersebut wajib bereddah dengan eddah baru yaitu selama empat bulan sepuluh hari.

wallahua’lam




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen