Kahwin & Tunang Saat Norma Baharu, Ini Cara Daftar Kod QR MySejahtera Untuk Majlis Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam kehidupan norma baharu ini, masyarakat perlu mengisi QR Kod untuk memasuki atau mengunjungi mana-mana tempat awam. Bukan saja pergi ke kedai makan ataupun gerai-gerai tepi jalan tapi majlis perkahwinan juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dengan kelonggaran yang dibenarkan oleh pihak kerajaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), ramai yang telah mengambil kesempatan untuk melaksanakan majlis perkahwinan. Tapi pada masa yang sama ia majlis yang dianjurkan itu mematuhi SOP yang ditetapkan.



Selain mengambil suhu dan mengamalkan penjarakan fizikal satu meter, pendaftaran MySejahtera juga perlu ada dilakukan oleh pihak penganjur.

Bagi yang ingin mengadakan majlis perkahwinan atau kenduri, berikut adalah cara untuk menjana kod QR majlis tersebut.

1. Klik MySejahtera



2. Masukkan nombor telefon untuk pendaftaran

Selepas memasukkan nombor telefon, anda perlu menjawab soalan reCAPTCHA untuk mengesahkan identiti.

3. Masukkan OTP

Kod OTP akan dihantar ke nombor telefon anda dan sah selama 5 minit.

4. Masukkan maklumat majlis seperti nombor telefon, alamat majlis dan poskod kawasan.

5. Siap

Setelah tekan butang submit, kod QR anda akan terus dijana. Hanya perlu cetak, emel ataupun download ke komputer anda untuk langkah seterusnya.

Anda perlu cetak kod ini dan letakkan di pintu masuk majlis anda. Jangan lupa letakkan arah laluan keluar masuk untuk tetamu bagi mengelakkan kesesakan.

Semasa majlis berlangsung, pastikan sentiasa ingatkan tetamu untuk mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Individu bergejala tidak boleh hadir ya.

Semoga majlis berjalan lancar dan bebas dari penyebaran penyakit ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen