"Wanita Mempunyai 9 Nafsu Dan 1 Akal..." Bukan Alasan Untuk Bertindak Mengikut Nafsu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalu sangat kita dengar mengenai perkara ini, malah ramai yang mempercayainya dan menggunakan ia sebagai satu alasan atau asbab. Mungkin wanita kelihatan seperti orang yang suka bertindak melalui emosinya manakala orang lelaki berfikir dahulu sebelum bertindak.

Setiap manusia diberikan akal dan fikiran untuk berfikiran. Adakah perkara sebegini boleh dijadikan alasan untuk mengelak dalam sesuatu yang tak sepatutnya.

Ini penjelasannya.

Setiap daripada kita tidak terlepas daripada melakukan dosa. Ia sama ada dilakukan kerana desakan nafsu atau mungkin juga disebabkan oleh bisikan syaitan. Nafsu itu adalah datang dari diri kita sendiri. Manakala syaitan pula, tugasnya adalah untuk menggoda manusia ke arah kesesatan.



Yang boleh membendung kita daripada melakukan dosa-dosa tersebut adalah iman dan diri kita sendiri. Hanya kita yang dapat mengawal dan membendung diri daripada melakukan dosa.

Banyak cara yang boleh dilakukan, antaranya adalah dengan melazimi istighfar, sentiasa ingat akan kesan yang boleh diperoleh jika melakukan perkara buruk tersebut atau ada juga dalam kalangan kita yang mengingati perasaan orang sekeliling apabila mendapati kita melakukan perkara tersebut.

Contohnya, bagaimana sedihnya perasaan si ibu apabila mendapati anaknya telah mula mencuri dan sebagainya. Perkara-perkara inilah yang boleh membantu mengawal kita daripada melakukan kemungkaran.

Adapun, berkaitan dengan nafsu, ada yang mengatakan bahawa nafsu mempunyai sepuluh. Sewaktu kecil-kecil dulu, apa yang saya bayangkan ialah ia mungkin terbahagi kepada nafsu untuk tidur, nafsu untuk membeli belah, nafsu malas, nafsu makan dan sebagainya.

Dan ada juga yang menyebutkan bahawa dalam banyak-banyak pecahan nafsu ini, hanya 1 sahaja dimiliki oleh kaum lelaki dan selebihnya dimiliki oleh kaum wanita.

Terdapat sebuah riwayat daripada Abi Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

لشهوة عشرة أجزاءٍ: التسعة للنساء والعاشر للرجال
Maksud: “Syahwat itu mempunyai sepuluh bahagian: “Sembilan bahagian diberi kepada wanita dan satu bahagian diberi kepada lelaki.”

Namun, tahukah anda bahawa hadis ini adalah lemah dan dinukilkan sebagai daif jiddan (sangat lemah). Menurut perbahasan, disebutkan bahawa lemahnya hadis ini kerana Suwaid ibn Abd Al-Aziz merupakan perawi yang bertaraf matruk (tidak diriwayatkan) dan tidak tsiqah.

Justeru, tidak wajar untuk disebarkan hadis ini dan dijadikan sebagai hujah. Ia juga tidak boleh disebarkan melainkan untuk menyebutkan mengenai ketidaksahihannya.

Setiap orang mempunyai nafsu masing-masing. Jadi, bagaimana cara anda mengawalnya adalah bergantung kepada diri sendiri. Jangan pula menyalahkan status jantina anda sebagai alasan mengapa terlalu mengikut nafsu.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen