Apa yang selalu kita tahu adalah bila bersalin saja perlu ada mandi nifas. Itu pun selepas darah kering ataupun selepas cukup 40 hari . Kalau pertama kali mesti tak tahu sangat bab-bab ini, kalau ada yang mengingatkan Alhamdulillah tapi kalau tak ada itu yang kena cari tahu. Betul tak?
Mandi wajib selepas bersalin ini ada dua iaitu;
Wiladah – satu keadaan di mana seorang ibu itu baru lepas melahirkan anak
Nifas - Darah yang keluar selepas seorang ibu itu baru lepas melahirkan anak
Mandi wajib selepas melahirkan bayi samada secara normal atau pembedahan.
Cara mandi wajib nifas dan wiladah
Cara mandi ini hampir sama dengan mandi wajib atau mandi junub.
Mandi wajib wiladah
Niatnya:
"Sahaja aku mandi wajib Wiladah kerana Allah Taala"
• Siapkan air, syampu dan sabun mandi
• Niat dalam hati seperti di atas
• Baca kalimah basmalllah (bismillahirrahmaanirrahiim)
• Berwuduk dengan sempurna
• Menyiram air di kepala sebanyak tiga kali dan gosok sehingga mencapai akar rambut
• Menyiram air di ke seluruh badan
• Membasuh kaki
• Ratakan air seluruh badan
Mandi wajib nifas
Nifas: Mandi wajib setelah darah nifas berhenti. Tempoh darah nifas keluar paling lama adalah 60 hari. Jika darah nifas keluar lebih daripada 60 hari ia dikira sebagai darah Istihadha. Mandi Nifas wajib dilakukan walaupun hanya setitis darah nifas. Jika darah nifas tidak keluar memadailah hanya Mandi wiladah sahaja dan perlu solat seperti biasa selepas bersalin. Tetapi jika darah nifas keluar setelah hari yang ke10 selepas melahirkan anak anda perlu berhenti seketika dari mengerjakan solat.
Jika anda keguguran perlu mandi nifas.
Niat:
"Sahaja aku mandi Nifas kerana Allah Taala"
Caranya sama seperti mandi wajib wiladah.
Selepas bersalin biasanya ada darah nifas jadi nk angkat hadas besar tak boleh, jadi selepas habis nifas mandi niat angkat hadas besar maka terangkat hadas wiladah dan nifas hanya sekali saja.
Tinggalkan Komen