"Pisau Cukur & Kaki Kikis Tak Kenal Jantina, Bukan Orang Perempuan Saja Yang Materialistik..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Mata duitan, kaki kikis ataupun materialistik tentu saja akan dikaitkan dengan orang perempuan. Walhal ia bukan saja ada dikalangan perempuan tetapi kaum lelaki juga ramai yang bersikap sebegitu.

Selalunya mereka yang mata duitan ini akan mendekati orang yang berharta. Orang yang mampu berikan apa saja yang dia inginkan, bila dah dapat apa yang dia mahukan, mangsa akan ditinggalkan begitu saja.

Tapi sekarang ini bukan hanya mereka yang berharta saja menjadi mangsa tetapi mereka yang kerja kerajaan juga sering menjadi mangsa.



Bukan hanya segelintir wanita saja yang mempunyai sikap ini, orang lelaki juga apa kurangnya. Perkara ini tidak tertumpu pada satu jantina saja.

Apa yang dikatakan Uyaina Arshad ini ada betulnya. Selalu wanita yang dilebal sebegitu, sedangkan orang lelaki yang begelar pengikis juga ramai.

Berikut perkongsiannya.



"Materialistik. Pisau cukur. Kaki kikis.

"Selalu perempuan kena label macam ini. Sedangkan ‘pengikis’ tak kenal jantina. Perempuan ke, lelaki ke, sama je. Asalkan poket tebal, duit berkoyan, akaun bank banyak kosong; rupa, hati, perasaan, cinta, umur, status -tolak tepi.

"Hidup ni adalah pilihan. Sesetengah orang pilih cara mudah dalam hidup. Sesetengah orang pulak kerja setengah mati mencari rezeki. Lain orang, lain prinsip hidupnya.

"Kalau dari kecik dah di didik; nak sesuatu? Usaha. Bukan setiap kali mintak, tiap kali dapat. Nikmat tau bila kita dapat sesuatu perkara/benda hasil titik peluh sendiri. Tak ternilai perasaannya kan?


"Sebagai seorang perempuan, hidup kita perlu realistik. Tak salah untuk kita mencari lelaki yang stabil & bertanggungjawab. Kita taknak anak2 kita hidup susah. Pelajaran terabai. Masa depan tak menentu.


"Tapi sebagai seorang perempuan, kita juga harus ada duit poket sendiri. Harus ada sumber pendapatan sendiri. Biar tak banyak tak apa. Asalkan itu kita punya. Kalau2 kita ada teringin apa2, boleh beli sendiri. Kan?

"Doa Yana buat semua perempuan yang bekerja siang malam untuk menanggung diri sendiri dan keluarga. Doa Yana juga buat wanita2 hebat yang menjadi suri rumah. Wanita inspirasi semua."



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen