Jangan Anggap Tugas Suri Rumah Tak Penat, Cuba Lakukan Selama Seminggu Tentu Nak Kembali Berkerja Semula.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tugas seorang suri rumah, nampak macam mudah dan selalu sangat dipandang sebelah mata oleh mereka yang bukan suri rumah. Bukan itu saja, bila bercakap mengenai suri rumah ini ia ibarat macam duduk rumah tanpa melakukan apa-apa, sedangkan bukan itu sebenarnya.

Ramai yang salah erti mengenai suri rumah ini, nampak macam mudah saja tetapi tidak semudah itu bila berada di tempat suri rumah ini.



Kalau suami atau wanita berkerja mungkin letih dan sibuk bekerja pada waktu pagi hingga ke petang tapi bagi suri rumah pula, dia akan sentiasa sibuk dari bangun tidur hinggalah sebelum dia tidur.

Apa yang suami dan wanita berkerja tidak tahu mengenai tugas suri rumah ini?

Siapkan anak dan suami

Seawal pagi, ibu-ibu suri rumah ini akan mula menyediakan sarapan untuk anak-anak dan suami mereka, itu belum lagi kalau ingin membawa bekal. Tentu saja sibuk memasak pada awal pagi. Tak hanya itu, pastikan anak bangun tidur dan mandi agar tak lewat ke sekolah, barang-barang sekolah anak lengkap dan juga hantar mereka ke sekolah.

Bagi suami pula, tentu perlu disediakan pakaian kerja, dan pastikan dia kelihatan kemas sesuai dengan statusnya sebagai suami orang.



Kemas rumah

Ada yang mulakan dengan mengemas rumah terlebih dahulu seawal 9 pagi. Basuh pinggan mangkuk yang telah digunakan semasa sarapan, kemas mainan anak-anak yang mesepah. Tukar cadar setiap bilik dan ada kala tukar langsir bagi nampak lebih baru rumah. Tak cukup itu, lap tingkap dan habuk-habuk yang ada. Sudah tentu nak beri keselesaan kepada anak dan suami.

Basuh baju dan jemur

Basuh baju ini bukan masuk mesin terus tinggal, kena asingkan pakaian yang berwarna, seluar dan juga baju. Kalau anak-anak agak ramai, tentu perlu basuh berulang kali dan tidak hanya sekali saja siap. Itu belum lagi jemur baju dan kalau hujan atau hari agak redup kena berulang kali periksa agar baju kering dengan elok.

Siapkan makanan tengah hari

Anak-anak pulang dari sekolah tentunya lapar. Jadi masak tengah hari untuk memastikan mereka tak tinggal waktu makan. Kalau ada anak kecil tentunya waktu ini juga waktu untuk mereka menjamu selera. Sudah tentu saat ini para ibu suri rumah sedang terkejar-kejar nak siapkan hidangan. Itu belum lagi kalau anak-anak selepas ini akan ke sekolah semula ataupun suami pulang untuk makan tengah hari. Saat ini semuanya akan terkejar-kejar.




Bersihkan dapur dan juga kemas rumah lagi sekali

Selepas selesai memasak dan juga menjamu selera semuanya, tentunya perlu kemas dapur. Buat mereka yang ada anak kecil tentunya perlu mengemas rumah lagi sekali sebelum waktu petang kerana suami akan pulang. Tentunya suami nak lihat keadaan rumah yang kemas.

Lipat dan gosok baju

kalau baju sudah kering, boleh dilipat dan digosok untuk memudahkan kerja. Tapi kalau mereka yang ada anak kecil tentunya masa ini anak inginkan perhatian, bermain bersama dan juga ini waktu tidur mereka. Masa ini tentu ibu-ibu perlu tangguhkan mana yang perlu.

Layan suami pulang dari kerja

Waktu petang adalah waktu orang pulang kerja sama juga dengan suami-suami suri rumah. Jadi tentunya ada beberapa juadah yang perlu dihidangkan kepada suami seperti kuih muih, kek ataupun juadah lain untuk minum petang. Selepas itu masak untuk malam pula.



Tugas lain

Pastikan anak-anak mandi dan kelihatan kemas juga merupakan tugas ibu-ibu suri rumah, tak hanya itu saja kalau anak-anak tidak sihat atau suami tak sihat tentunya suri rumah akan memain peranan sebagai jururawat pula.

Tak hanya itu menjahit baju, memantau anak-anak melakukan tugasan sekolah dan juga bermain dengan mereka juga merupakan tugas suri rumah yang ramai tak perasaan. Belum lagi yang mengajar mengaji selepas waktu solat.

Mereka ini akan tidur selepas semua orang dalam rumah tidur. Bukan mudah sebenarnya nak lakukan tugas suri rumah ini. Sentiasa terkejar sana sini untuk pastikan ahli keluarga selesa dan perkara tersebut tepat pada waktunya.

Tugas mereka ini lebih banyak berbanding dengan tugas pembantu rumah. Jadi jangan anggap tugas suri rumah ini mudah, mereka ini lebih letih sebenarnya. Tak berhenti melainkan waktu tidur untuk siapkan semua perkara.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen