Kejap Kata Suami, Kejap Kata Isteri. Tugas Mengemas Rumah Ini Tugas Siapa Sebenarnya?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap mengenai melaksanakan tugas-tugas di rumah ini, tentu saja masing-masing akan menyatakan itu tugas isteri dan ada juga yang menyatakan bahawa itu tugas suami. Memang tak akan habisnya kalau masing-masing saling tolak itu tugas siapa.

Dalam rumahtangga ini perlu ada saling kerjasama, bertolak ansur, memahami dan juga tolong menolong. Barulah hubungan yang terbina itu lebih kuat dan juga utuh.

Kalau suami yang melakukan tugas rumah, isteri pun turutlah bantu juga. Begitu juga dengan suami, jika nampak isteri sudah bersusah payah mengemas rumah, jangan hanya buat-buat tak nampak saja. Hulurkan bantuan, tentu saja isteri akan lebih menghargai.



Jadi tugas siapa sebenarnya ini?

Melaksanakan tanggungjawab, kewajipan dan hak masing-masing adalah perkara yang pertama yang perlu diwujudkan dalam sebuah perkahwinan.

Dalam membina rumah tangga yang harmoni, pasangan suami isteri haruslah ada kata kesepaduan antara dua belah pihak. Itulah perkara yang paling penting dalam sebuah rumah tangga. Melaksanakan tanggungjawab, kewajipan dan hak masing-masing adalah perkara yang pertama yang perlu diwujudkan dalam sebuah perkahwinan. Dalam masa yang sama, perkara yang tidak kurang pentingnya bahkan itulah yang menjadikan rumahtangga sebagai baiti jannati adalah pengorbanan.



Jumhur ulama’ berpendapat bahawa suami wajib berkhidmat kepada isterinya yang tidak mampu dan tidak layak untuk dia menguruskan dirinya sendiri. Ini kerana ia seolah-olah sebahagian daripada nafkah isteri ke atas suami dan ulama sepakat jika sekiranya isterinya sakit atau ditimpa keuzuran sehingga tidak mampu menguruskan diri sendiri untuk suami berkhidmat kepada isterinya.

Dalam mazhab Maliki wajib bagi suami menolong isterinya dalam berkhidmat jika suaminya kaya dan isterinya mempunyai kedudukan yang tidak sesuai melaksanakan tugas tersebut kerana dengan pelaksanaan tersebut akan mengurangkan darjat kedudukan isterinya itu.



Sedangkan mazhab Hanafi pula berpendapat jika isteri enggan mengisar tepung atau menguli roti di mana beliau tidak sesuai untuk tugasan itu atau kerana sakit, maka hendaklah suami menyediakan makanan yang sudah siap. Sebaliknya jika mampu, maka hendaklah isteri melaksanakan tugas tersebut dan tidak wajib atas suaminya.

Walaupun begitu, suami yang berkemampuan sebaiknya hendaklah meringankan bebanan isteri seperti mengupah orang gaji atau membeli beberapa peralatan bagi memudahkan urusan isteri masing-masing seperti mesin basuh, alat memasak yang moden seperti periuk nasi dan lain-lain yang sudah barang tentu akan meringankan dan menyenangkan isteri.

Namun begitu, dalam masa ini adalah lebih baik jika suami isteri saling berkerja sama dalam menguruskan rumahtangga. Kalau si isteri telah bantu suami ringankan beban dalam mencari nafkah, maka apa salahnya suami juga ringankan beban isteri dalam menguruskan rumahtangga.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen