Gaji Isteri Lebih Besar, Suami Tetap Wajib Beri Nafkah Kepada Isteri Untuk Dia Berbelanja.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam perkahwinan, seorang suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Ia termasuk keperluan tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, keagamaan dan perubatan. Itu perkara biasa yang kita tahu.

Bukan hanya itu saja, nafkah juga melibatkan wang diberikan kepada isteri bukan seperti duit belanja barang dapur tetapi wang tersebut untuk kegunaan peribadi si isteri. Sebagai contoh, untuk dia gunakan membeli barang perhiasan, pakaian atau disimpan. Itu adalah hak isteri.

Duit suami duit isteri, duit isteri duit isteri.

Tapi ramai yang abaikan nafkah yang ini, dan menganggap nafkah saja suduh cukup dengan hulurkan duit belanja dapur.



Namun berlainan pula dengan isteri yang berkerja dan mempunyai pendapatan bulanan malah lebih bersar dari suaminya. Ada yang menyatakan suami perlu beri nafkah dan ada yang tidak.

Ramai yang keliru akan perkara ini. Ada yang beranggapan bahawa bila isteri berkerja, maka tidak perlu memberi nafkah, ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus.



Apabila telah berkahwin seorang lelaki dengan seorang perempuan dan telah duduk bersama maka wajib atas suaminya itu membayar nafaqah makan dan minum dan pakaian dan tempat tinggal dan yang lainnya dari perkara yang perlu kepada isterinya itu.

Dan kewajipan memberi belanja nafaqah ini tidak gugur dengan sebab isteri telah bekerja atau isteri seorang yang kaya melainkan isteri itu sendiri yang menggugurkan haknya daripada suaminya atau isterinya telah melakukan perbuatan derhaka.



Tersebut pada himpunan Majlis Fatwa Mesir :

نفقة الزوجة واجبة على زوجها وإن كانت تعمل؛ فقد ثبت وجوب نفقة الزوجة بالكتاب والسنة والإجماع
Artinya : “Bermula nafaqah isteri itu wajib ia atas suaminya sekali pun isteri itu bekerja. Maka sabitlah wajib memberi nafaqah isteri itu dengan Al-Quran dan sunnah dan ijmak.” (Darul Ifta Mesir)

Firman Allah Taala :

وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Artinya : “Dan wajib atas suami membayar makan minum sekelian isteri itu dan pakaian mereka dengan cara yang baik.” (Al-Baqarah : 233)

Dan diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a. Rasulullah saw bersabda :

وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ»
Artinya : “Dan bagi sekelian isteri itu wajib atas kamu belanja makan minum dan pakaian mereka itu dengan cara yang baik.” (Sunan Kubra An-Nasasie)

Berkata Imam Ibnu Quddamah :

فلها عليه جميع حاجتها؛ من مأكول ومشروب وملبوس ومسكن
Artinya : “Maka wajib atas suami bagi isterinya itu sekelian hajat isteri dari makanan dan minuman dan pakaian dan tempat tinggal.” (Kitab Al-Mughni)

KESIMPULAN

Suami wajib membayar nafakah hidup isterinya sekali pun isterinya sudah bekerja dan mempunyai pendapatan atau orang yang kaya.

Tidak gugur kewajipan bayar nafaqah dari suami melainkan isterinya yang menggugurkannya atau isteri ada melakukan derhaka.

wallahua’lam




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen