Makin Lambat Nak Dapat Pasangan Hidup Kalau 'Demand' 5 Perkara Ini.

Setiap orang tentunya mempunyai cita rasa yang tersendiri dalam mencari pasangan hidup ini. Ada sukakan yang pandai buat lawak, berkerjaya, pandai ambil hati orang tua dan ada juga yang sukakan yang mahir memasak. Semuanya bergantung pada cita rasa individu itu.



Namun begitu, dalam mencari jodoh ini tak semua cita rasa anda boleh dipenuhi dalam diri seseorang. Boleh jadi, dia seorang yang pandai membuat lawak tapi dia juga mempunyai kekurangan yang mana tidak tahu menjaga hati anda. Tiada seseorang yang betul-betul macam anda inginkan.

Buat anda yang masih mencari jodoh, jangan terlalu demand dalam mencari pasangan ini. Tak ada seseorang yang begitu sempurna. Makin sukar nak dekati seseorang kalau anda fikirkan 5 perkara ini.



Ingin pasangan yang sempurna

Mungkin terpengaruh dengan drama atau novel, yang membuatkan anda menginginkan pasangan yang begitu sempurna. Pasangan yang sempurna dari rupa paras, kewangan dan juga tahu menjaga hati anda. Perkara sebegini tidak akan ada dalam realiti, kalau ada sekali pun sudah tentu dia mempunyai pasangan.

Dah memiliki rumah dan juga kereta

Jika anda sukar untuk memiliki dua perkara ini, begitu juga dengan orang lain. Sudah tentu mereka juga sedang berusaha ke arah ini. Jadi, pasangan anda sudah tentu juga sedang ke arah itu. Maka dengan itu, jangan memandang rendah pada mereka yang tiada dua perkara ini, boleh jadi dia sedang berusaha sama seperti anda. Kalau pasangan tak ada dua perkara ini, boleh lah anda sama-sama berusaha untuk memiliki bersamanya kelak.

Inginkan kedudukan yang sama atau lebih

Sudah tentu ramai yang menginginkan perkara ini, bahkan ada yang menginginkan lebih tinggi dari kedudukan mereka. Orang kata, enggang sama enggang, pipit sama pipit. Cari pasangan yang sama dengan diri kita, jangan berlebihan takut nanti terbeban sendiri.



Inginkan pasangan yang romantik

Terlalu banyak tonton drama ini kalau inginkan pasangan yang romantik berlebihan. Setiap orang ada cara romantik mereka, dan romantik itu adalah secara semulajadi. Kalau hubungan anda bahagia bersama seseorang, boleh jadi itu membantu dirinya menjadi yang romantik.

Nak hubungan yang sempurna

Tiada pertengkaran, tiada masam muka, atau tiada perselisihan faham, itu bukan satu hubungan yang menyeronokkan. Kalau nak hubungan yang sempurna tanpa gaduh atau tanpa ujian, itu tidak akan berlaku. Sebelum nak dapatkan kebahagiaan kena lalui ujian terlebih dahulu.

Jadi, jangan terlalu demand dalam mencari pasangan. Cari seseorang yang terima baik buruk dan kurang lebihnya anda. Tentu itu lebih mudah.



Artikel Lain

Tinggalkan Komen