Isteri Mana Yang Masih Mampu Tersenyum Bila Suami Kata Nak Kahwin Lain, Walaupun Bergurau.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mana-mana wanita tentunya tidak rela untuk bermadu. Kalau rela bermadu pun tentu dia simpan segalanya di dalam hati. Madu ini nampak manis tetapi bila lalui terasa peritnya.

Bila bermadu, tentunya kena berkongsi kasih sayang, perhatian dan juga suami. Itu yang ramai wanita tidak sanggup jika dirinya dimadukan. Ada yang lebih rela untuk tidak dimadukan, dengan memilih untuk jalan hidup sendiri.

"Wanita ini boleh sembunyikan segala rasa sayangnya tapi bila rasa cemburu, tentu saja dia tidak mampu nak sembunyikan."


Sekarang ini banyak saja kes, tak ada hujan tak ada ribut tiba-tiba si suami menyatakan niat ingin berkahwin, tentu saja ia akan membuatkan isteri rasa teramat kecewa. Itu belum lagi yang diam-diam tiba-tiba berkahwin dia sempadan. Memang tentunya menambah rasa kecewa di hati isteri.



Ada juga yang suka berguaru dengan pasangan menyatakan bahawa dia ingin berkahwin lain. Bila merajuk sikit terus kata nak kahwin lain. Bila itu tak kena ini tak kena, terus kata nak kahwin lain.

Kalau dari kelakuan seperti ini, tentunya mana-mana isteri boleh tahu bahawa suaminya mempunyai niat untuk berkahwin lain dan tidak setia.



Ada beberapa sebab mengapa anda tidak boleh bergurau dengan isteri mengenai poligami ini.

1. Kecewakan hati pasangan

Dengar saja sudah kecewakan dirinya, itu belum lagi anda melakukannya betul-betul. Sudah tentu perkara ini sangat tidak disukai isteri anda. Bila anda melakukan sesuatu yang tidak disukai seseorang tentu saja ia memberi kesan kepada diri pasangan.

2. Mula curigai anda

Walaupun sekadar gurauan ia akan menimbulkan rasa curiga isteri kepada diri anda. Dengan apa yang anda katakan itu membuatkan dia rasa tidak percaya dan merasakan anda sesuatu yang anda sembunyikan dibelakangnya. Mulanya hanya gurauan sudahnya ia memecahkan kepercayaan isteri sendiri.

3. Hubungan menjadi renggang

Tanpa sedar ia sebenarnyanya menjejaskan hubungan anda. Walaupun sekadar kata-kata tanpa sengaja atau gurauan, tetapi ia tetap akan memberi kesan kepada hubungan anda. Orang perempuan ini memang cepat sensitif kalau bab ini. Jadi kalau dia tiba-tiba dingin anda, segera meminta maaf kepadanya.

Banyak perkara lain yang boleh anda guraukan, tetapi jangan gunakan “nak kahwin lain” sebagai satu bahan gurauan yang anda rasa menyenangkan. Takut hari ini anda gembira ketawakan raut wajah isteri, takut esok lusa lain pula jadinya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen