Berapa Lama Masa Untuk Rawat Luka Dari Perpisahan? Ke lebih Baik Terus Ada Pengganti.

Baik lelaki atau perempuan kedua-duanya akan terluka kerana perpisahan. Mana tidaknya, anda akan kehilangan seseorang yang pernah membahagiakan diri anda, malah dia jugalah orang yang sentiasa di sisi anda pada suatu ketika.

Walaupun apa pun punca perpisahan itu, sedikit sebanyak tentu saja akan terasa di hati. Baik sedih, mahupun kecewa. Sedih kerana akan perpisahan itu akan membuatkan kalian tidak berjumpa lagi, kecewa dengan apa yang berlaku.



Bila dalam keadaan seperti ini, tentunya akan ramai yang menyatakan bahawa waktu akan menyembuhkan segalanya. Tapi apabila dirasai sendiri, apa yang dilalui lebih perit dan terasa begitu lambat.

Namun begitu, jika anda terlalu lama dalam keadaan ini ia mungkin akan merosakkan diri anda sendiri. Ini kerana sesetengah dari mereka yang putus cinta ini lebih mudah terbuai dengan kesedihan yang dirasai sehingga akhirnya membuatnya tidak mampu move on.



Dalam kajian tahun 2007 terhadap 155 pelajar kolej yang telah putus dalam enam bulan terakhir, penyelidik Gary W. Lewandowski Jr. dan Nicole M. Bizzoco dari Universiti Monmouth mendapati bahawa 71% peserta mengambil masa 11 minggu (kira-kira tiga bulan) untuk "lupa" bekas kekasih mereka.

Berlainan pula dengan mereka yang berpisah kerana penceraian yang mana ia lebih memerlukan masa lebih lama untuk sembuh. Satu tinjauan tahun 2009 terhadap 4000 orang dewasa yang bercerai yang dilakukan fiftyies.com mendapati bahawa rata-rata memerlukan 17 bulan 26 hari agar luka perceraian sembuh.



Sudah tentu penceraian ini memerlukan lebih banyak masa kerana telah berlakunya perkongsian hidup malah ia juga melibatkan anak-anak. Jadi sewajarnya ia mengambil masa yang lebih lama.

Ada satu mitos menyatakan bahawa masa kita menlupakan bekas kekasih adalah separuh dari sepanjang hubungan kita dengannya. Jadi jika anda bersamanya selama satu tahun, maka anda hanya dapat melupakannya setelah 6 bulan setelah putus.

Tapi sebenarnya, itu semua bergantung kepada individu juga. Apakah mereka ini kuat untuk berdepan dengan perkara ini ataupun sebaliknya. Dalam masa yang sama juga, bergantung kepada punca perpisahan tersebut.

Kalau sememangnya perpisahan itu yang terbaik untuk kedua-dua pihak, tentu saja kedua-dua pihak lebih cepat sembuh luka kerana perpisahan yang tidak terjangka ini.



Artikel Lain

Tinggalkan Komen