Rasa Rindu Punca Bekas Kekasih Hadir Di Dalam Mimpi Anda, Silap. Ini Sebabnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seperti yang kita tahu bahawa mimpi ini adalah mainan tidur saja. Bahkan, kadang kala mimpi ini tidak perlu dibimbangkan dan difikirkan sangat pun. Namun begitu, bila mimpi yang sama datang berulang kali, tentu saja ia akan mendatangkan sedikit rasa ingin tahu.

Mimpi ini ada macam-macam, kadang yang terlalu mengarut itu memang tentunya tidak dipercayai. Tapi bila mimpi seseorang yang pernah membahagiakan kita satu masa dulu, tentunya ada sedikit terkesan di hati. Sebagai contoh, mimpikan bekas kekasih.



Ada beberapa sebab mengapa anda masih termimpikan bekas kekasih.

Baru lepas bercakap mengenai si dia

Kadang kala, baru lepas bercakap mengenai seseorang atau melihat gambar seseorang akan terbawa sehingga ke tidur. Bukan apa, itu adalah perkara yang terakhir anda lakukan sabelum tidur mungkin apa yang anda lihat dan kata itu masih tersisa di fikiran anda. Itu sebab menjadi mimpi.



Perasaan yang belum berakhri

Eh, tak akan masih belum move on lagi? Kejap! Kadang ia bukan berkaitan dengan rasa sayang saja boleh jadi perkara lain. Pakar hubungan Terri Orbuch memberitahu Women's Health bahawa memimpikan bekas kekasih anda boleh bermakna ada sesuatu yang belum selesai antara anda berdua. Mungkin mengenai bagaimana anda dan pasangan anda memutuskan untuk berpisah, atau ada masalah yang sebenarnya anda belum pernah bincangkan dengannya.



Bimbang dengan hubungan baru

Dah ada orang lain, tapi masih lagi termimpikan bekas kekasih. Tentu saja perkara ini tidak menyenangkan. Berdasarkan petikan the Huffington Post, mimpi ini boleh menjadi tanda bahawa anda sangat risau akan hubungan baru yang anda mulakan dengan orang lain. Melihat bekas kekasih dalam mimpi anda adalah tanda bahawa anda membandingkan dirinya dengan teman lelaki atau suami baru anda. Anda nampaknya ingin memastikan bahawa hubungan yang anda bina kali ini akan berjalan dengan baik.

Takut disakiti lagi

Boleh jadi luka lama masih lagi meninggalkan kesan pada diri anda. Jadi ia tanda bahawa anda sangat takut disakiti lagi, baik oleh bekas kekasih anda (jika anda masih menjalin hubungan) atau oleh kekasih baru anda. Itu yang terbawa-bawa sehingga ke mimpi.

Jangan difikirkan sangat mengenai mimpi bekas kekasih anda ini. Makin diingat anda akan makin sakit hati dan juga terluka. Lebih baik anda lupakan dan anggap saja itu mainan tidur anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen