Seronok Bergurau Dengan Pasangan, Tapi Hati-Hati Jangan Bergurau Bab Talak. Ini Hadis Menyatakan Ia Dilarang Untuk Bawa Bergurau.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hubungan suami isteri yang penuh dengan gurau senda sememangnya membahagiakan dan menyenangkan. Mana tidaknya, jelas dengan gurauan seperti itu memperlihatkan bahawa pasangan suami isteri mesra antara mereka.

Bergurau dengan pasangan ini sememangnya mampu mengeratkan hubungan dengan pasangan malah semakin bahagia jika sering dilakukan. Nak-nak lagi jika saling mengusik antara satu sama lain, memang boleh meriah rumahtangga.



Tapi diingatkan, ‘jangan kerana mulut badan binasa’. Jangan bergurau mengenai talak dalam rumahtangga ini, nak-nak lagi sebagai suami. Takut terjatuh talak nanti anda juga yang berputih mata.



Dalam sebuah hadis sahih sudah pun dinyatakan mengenai talak dan penceraian dilarang untuk dibawa bergurau. Terdapat tiga perkara yang dinyatakan dalam hadis tersebut iaitu nikah, cerai dan rujuk semula.

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ
Maksudnya: Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak).

Riwayat Abu Daud (2194)

Menurut para tafsir melalui Kitab al-Muktamad (4/157), larangan yang dimaksudkan walaupun dikata secara gurauan ia tetap akan beralih kepada maksud asal. Dalam erti kata yang lebih mudah, hukum suatu talak dikira jatuh.



Namun, banyak huraian yang diberikan oleh para ulama berkenaan lafaz talak, sebelum talak tersebut dikira jatuh ataupun tidak.

Ucapan talak yang tidak dikira

• Orang yang tidur

• Orang yang gila

• Orang yang sabq al-lisan (terlepas cakap)

• Orang yang menyeru; yakni jika seseorang itu memiliki isteri yang bernama “taliq” yang bermaksud orang yang diceraikan

• Penggunaan lafaz yang tidak difahami

• Dipaksa dan mabuk atas sebab uzur

Perkara yang ketiga sering menjadi pertanyaan banyak pihak iaitu talak yang dikeluarkan daripada orang yang terlepas ckap. Pihak Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan jenis ucapan talak ini berdasarkan kitab al-Mu;tamad al-Fkh al-Syafie 4/164) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili, iaitu:

“Jika seseorang lelaki terlepas cakap melafazkan talak tanpa berniatkan makna bagi huruf-huruf talak, maka lagha, tidak jatuh talak. Begitu juga jika seseorang melafaz talak kerana menceritakan kisah orang lain, atau seorang ahli fikh yang berulang kali menyebut talak dalam pengajaran dan contoh yang diberi, maka lagha juga kerana tiada niat.”

Oleh kerana itu, Islam melarang untuk kita bergurau dengan perkara tersebut. Sebab itulah, ilmu merupakan perkara penting dalam sebuah rumah tangga suapaya perkara yang tidak diingini berlaku. Penceraian juga merupakan perakara yang paling digemari syaitan kerana ia boleh memutuskan keturunan Nabi Adam AS.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen