"Nak Rezeki Sentiasa Datang, Dahulukan Isteri Lebih Dari Orang Lain..." Isteri Itu Magnet Rezeki.

“Kerja penat-penat, tak akan nak habiskan pada orang lain pula...”

Perasaan inilah yang membuatkan segelintir suami rasa agak keberatan untuk mengeluarkan wang buat anak isteri mereka. Sehingga ada yang merasakan pemintaan anak-anak dan isteri itu adalah bebanan.

Bukan mudah nak korbankan kepunyaan kita ini dan berkongsi dengan orang lain. Namun, jika dilihat indahnya perkongsian itu, tentunya ramai yang tidak keberatan ingin berkongsi.

Macam satu perkongsian di laman Facebook milik Aiza Azamee, “kalau kau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Tapi kalau kau anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi 'magnet rezeki'.”



Nak rezeki sentiasa datang, dahulukan isteri lebih dari orang lain. Sebab bidadari kita tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumahtangga.

Jantung sebuah rumah adalah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya. Maka para suami, sayangi isterimu agar di sentiasa gembira dan berdoa untuk kita.



Kata Ustaz Ebit Lew,

“Syukur pada Allah pemberi rezeki. Tiada yang boleh beri sesuatu melainkan Allah. Terima kasih Allah.

Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri.”

Buat isteri gembira, rezeki datang. Buatkan isteri rasa dihargai, rezeki melimpah. Sentiasa buat isteri seronok, rezeki datang tak disangka.



Kawan-kawan,

Jika terasa rezeki sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dulu. Check mana yang terkurang. Gembirakan hatinya. Insha Allah, awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.

“A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.”

Begitulah.




Artikel Lain

Tinggalkan Komen