Lelaki Berbadan Gempal Kini Menjadi Pilihan Kaum Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mempunyai cita rasa mereka tersendiri. Ada yang sukakan yang berkulit gelap, kacak, sado mahupun berbadan gempal. Sudah tentu, setiap dari mereka ini ada kelebihan yang tersendiri.

Namun begitu, kajian mendapati wanita lebih tertarik kepada lelaki berbadan gempal dan daya tarikan itu turut dijelaskan berdasarkan sains - termasuklah aspek kepercayaan dan personaliti mereka.

Menurut petikan dari Mstar, ini antara yang membuatkan wanita tertarik dengan lelaki berbadan gempal ini?



1. Lelaki gempal lebih kelakar

Terdapat bukti bahawa wanita lebih tertarik kepada lelaki yang boleh membuatkan mereka ketawa dan kebanyakan (walaupun tidak semua) daripada mereka ini pandai berjenaka.

Elemen itu sangat penting dalam membina sesebuah hubungan agar tidak hambar, selain lelaki berbadan besar dilihat lebih menjadi diri sendiri dan tidak 'control macho'.



2. Setia

Golongan ini dianggap lebih setia dalam menjalinkan hubungan. Ini disebabkan ramai di antara mereka rasa kurang yakin dengan diri sendiri.

Apabila mendapat pasangan mereka lebih menghargai kerana sedar bukan mudah golongan seperti mereka untuk mendapat pasangan.

Itu juga membuatkan mereka tiada keinginan untuk menduakan pasangan.

3. Wanita lebih yakin

Dalam satu kajian mendapati 27 peratus wanita berpendapat lelaki gempal kurang memberi perhatian mengenai bentuk tubuh wanita.

Ia sekaligus meningkatkan keyakinan diri mereka dan membuatkan lelaki berbadan besar menjadi pilihan wanita sebagai teman hidup.



4. Penyayang dan romantik

Kajian juga turut mendapati, 42 peratus wanita memberitahu lelaki berbadan gempal lebih mengutamakan keinginan wanita berbanding keperluan mereka.

Malah golongan ini lebih penyayang, romantik dan lemah lembut serta gemar memanjakan pasangan mreka.

5. Rasa lebih selamat

Fizikal yang besar sebenarnya membuatkan kaum wanita berasa lebih selamat berada disamping lelaki gempal.

Meskipun ada melihat berat badan berlebihan sebagai kekurangan namun bagi wanita ia kelebihan terutamanya selamat daripada gangguan pihak ketiga.

Apa pun pilihan anda, rupa paras itu bukanlah perkara yang utama, tentunya ada lebihnya si dia berbanding yang lain. Paling penting, anda yang selesa dan bahagia bersamanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen