Kekok Nak Buka Hati Selepas Terlalu Lama Single, Ramai Orang Bujang Lalui Perkara Ini.

Memang aagak mendebarkan rasanya bila selama ini selesa membujang, tapi kini tiba-tiba kita ingin membuka hati dan ruang kepada orang yang belum dikenali dengan lebih mendalam. Hidup membujang memang selesa tanpa terbeban dengan tanggungjawab, tapi sampai bila harus membujang. Tentu perasaan ingin mendirikan rumahtangga dan hidup bahagia bersama pasangan yang dicintai akan terasa.

Ada orang mengambil masa yang agak lama untuk membuka ruang dan peluang kepada orang lain. boleh jadi masih trauma dengan hubungan lalu yang tidak menjadi.



Ada orang juga yang susah nak buka pintu hati mereka kepada orang lain. Semuanya serba tak kena pada orang itu. Boleh jadi dia mencari yang betul-betul sempurna.

Setiap orang tentu ada kisahnya yang tersendiri mengapa dia masih bujang sehingga ke hari ini. Tapi itu semua sudah tidak penting, yang lebih penting bagaimana nak membuka hati menerima dengan orang baru.



Mula-mula memang rasa takut dan bimbang. Mana tidaknya, nak berkenalan dengan seseorang yang memang anda tidak tahu apa-apa mengenainya dirinya. Bukan itu saja, pada masa yang sama juga tentunya anda bimbang kalau tiba-tiba anda ditolak olehnya.

Tak tahu apa yang membuatkan dirinya selesa dengan anda, bimbang kalau-kalau kelakuan anda tidak disenangi dan macam-macam lagi. Saat perkenalan ini sememangnya sangat mendebarkan. Tapi kalau anda tidak cuba, tentu anda akan membujang sampai ke tua.

Apa yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut.

Hadapi dengan tenang

Jangan terlalu terburu-buru atau pun terlalu takut nak memulakan langkah. Cuba untuk bertenang dan lakukan perkara yang sewajarnya. Mulakan dengan perkenalan, berkawan dan jika serasi barulah fikir ke arah seterusnya.

Bagi masa pada diri anda untuk menikmati semua itu. Tak perlu terburu-buru, kalau dia memang untuk anda pasti akan kekal bersama. Jadi, ambil langkah satu persatu pasti akan timbulkan rasa selesa.

Yakin pada diri sendiri

Kenapa susah sangat nak buka hati ini, tentunya bila anda tidak yakin dengan diri anda. Takut jika si dia menolak anda, takut kalau anda tidak cukup bagus buat dirinya. Perkara-perkara sebegini sebenarnya membuatkan anda tenggelam dengan rasa negatif. Jadi fikirkan yang baik-baik dan yakin pada diri sendiri. Orang yang yakin pada diri sendiri akan lebih menyerlah berbanding mereka yang sentiasa berfikiran negatif.



Buka hati anda

Paling penting, sebelum anda memulakan apa-apa langkah. Anda kena bersedia untuk membuka hati anda. Bersedia nak terima orang baru dalam hidup bahkan, anda juga kena bersedia dengan apa saja sikap dan juga kekurangan orang lain.

Jika anda tidak bersedia untuk berdepan dengan perkara ini, itu sebenarnya anda belum lagi membuka hati anda. Bukan mudah nak lakukan yang ini, nak-nak selama ini anda angankan yang sempurna dan juga menarik saja. Jika sebaliknya tentu hati anda akan tertutup semula.



Jadi diri sendiri

Tak perlu nak jadi orang lain atau cuba menjadi lebih baik. Jadi saja siapa diri anda dan apa lakukan apa yang membuat anda selesa. Anda tidak perlu berpura-pura untuk membuat orang lain menyukai dir anda, kerana diri anda itu sudah sememangnya menarik.

Percaya bahawa jika dia memang untuk anda, dia akan terima apa pun diri anda.

Jangan menyerah kalah

Nak cari pasangan hidup ini bukan mudah. Ada masa si dia menolak diri anda, ada masa juga hubungan dicurangi dan ada masa juga hati berubah arah. Tapi apa pun jua yang berlaku, jangan pernah menyerah kalah.



Artikel Lain

Tinggalkan Komen