Baik Kurangkan Guna Perkakas Plastik Saat Memasak, Ia Bahaya Untuk Kesihatan Menurut Kajian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sekarang terdapat pelbagai pilihan perkakas dapur, bukan? Ada yang diperbuat daripada kayu, besi dan juga plastik. Memang nampak lebih moden kalau menggunakan perkakas plastik untuk memasak. Nak-nak lagi perkakas seperti ini ada pelbagai jenis warna yang sememangnya kelihatan menarik dan menambah semangat anda untuk ke dapur.

Tetapi penggunaan perkakasan plastik tidak digalakkan. Kenapa ya?

Kajian yang dilakukan terhadap perkakas dapur

Amaran ini dikeluarkan oleh German Federal Institute For Risk Assessment (BFR) berdasarkan bukti bahawa plastik yang digunakan dalam industri makanan mengandung banyak racun berbahaya yang boleh menyerap masuk ke dalam makanan.



BFR juga menggesa khalayak umum untuk menjauhkan sebarang sebarang alatan plastik daripada makanan yang panas.

Hasil uji kaji kepada haiwan menunjukkan bahan kimia dapat meningkatkan tumor dalam hati, pankreas dan buah zakar pada tikus. Dalam masa yang sama, bahan kimia ini juga menjejaskan aspek kesuburan.

Walaupun begitu, masih terdapat kekurangan data yang membuktikan kesan bahaya bahan kimia oligomer kepada manusia.

Tetapi badan keselamatan makanan ini menganggarkan risiko yang sama boleh berlaku kepada manusia kerana struktur bahan kimia yang sama.

Anggaran penggunaan perkakas dapur jenis plastik

Dalam satu pendekatan yang dipanggil pengkelasan Cramer, pengkaji membuat kesimpulan bahawa jumlah kecil oligomer – 90 mikgram – akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan seseorang individu dengan berat 60 kilogram.
Walau bagaimanapun, saintis mendapati dalam tinjauan amalan kegunaan harian perkakas plastik ini, jumlah bahan kimia ini adalah lebih tinggi berbanding jumlah yang anggaran bagi kegunaan setiap hari.

Berdasarkan tinjauan ini, para pengguna dinasihatkan untuk menggurangkan dan mengelakkan penggunaan peralatan plastik sebanyak yang mungkin ketika makanan masih panas dalam suhu anggaran melebihi 70 °C.



Risiko bahaya perkakas plastik sebagai perkakas dapur

Menurut penyelidik, penggunaan perkakas dapur yang diperbuat daripada plastik boleh ‘mengalirkan’ bahan kimia toksik kepada makanan yang dimasak.

Ini kerana kebanyakan perkakas plastik dapur mengandungi bahan berbahaya yang dipanggil oligomer.

Kebanyakan perkakasan dapur yang berada di pasaran diperbuat daripada bahan kimia sintetik. Ini adalah untuk menjadikan alatan tersebut mampu bertahan lama dalam suhu yang tinggi serta kalis minyak.

Pada suhu melebihi 70 °C, bahan kimia oligomer boleh mengalir kepada makanan atau minuman. Sekiranya ditelan dalam dos yang tinggi, bahan ini boleh mencetuskan penyakit hati dan tiroid. Ia juga dikaitkan dengan ketidaksuburan, kanser dan kolesterol yang tinggi.

Kesimpulannya

Jika anda lebih banyak menggunakan barangan perkakasan plastik di rumah untuk memasak, mungkin anda boleh mengurangkan penggunaannya. Ini kerana terdapat pelbagai pilihan alatan dapur lain yang boleh digunakan. Bukankah mencegah itu lebih baik?



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen