Pakai Sekali Sahaja & Tak Lebih 8 Jam Sehari, Ini 7 Panduan Pemakaian Pelitup Muka Penting Untuk Anda Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mulai 1 Ogos ini, pelitup muka wajib dipakai dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu diambil berikutan penambahan kluster-kluster jangkitan COVID19 baharu yang dikenal pasti, selain atas nasihat Kementerian Kesihatan.

Orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.



Ketika PKP dan PKPB dilaksanakan kita sudah hampir berjaya memutuskan rantaian pandemik ini.

Kementerian Pertahanan Malaysia juga mengeluarkan satu infografik tip pemakaian penutup hidung dan mulut untuk dijadikan panduan orang ramai.

Terdapat tujuh tip pemakaian pelitup muka untuk diamalkan:

• Hanya memakai dengan sekali sahaja

• Tidak meletakkan penutup mulut dan hidung di merata tempat

• Elakkan memakai di bawah dagu

• Elakkan menyentuh bahagian dalam dan luar

• Jangan berkongsi pakai dengan orang lain

• Tukar apabila telah lembap

• Dipakai tidak melebihi 8 jam



Mari sama-sama berganding bahu memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia dan mengamalkan norma baharu yang disarankan oleh KKM demi keselamatan dan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Buang jauh-jauh sifat pentingkan diri kerana sikap seperti itu tiada baiknya untuk kehidupan kita sendiri.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen