Tanda Suami Isteri Itu Saling Setia, Bila Mereka Ini Sanggup Susah Senang Bersama Pasangannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kesolehahan isteri diuji di saat suami sudah tidak punya apa-apa lagi. Dan kesolehan suami diuji di saat dia punya segalanya. Perkara inilah yang banyak berlaku dalam masyarakat kita. Bila sudah memiliki segalanya, mulalah bermain kayu tiga dan juga curang dalam diam.

Ketika belum memiliki segalanya, walaupun susah tetapi bahagia. Bila sudah miliki segalanya, walaupun mampu beli segalanya tetapi tidak bahagia. Itulah yang sangat membimbangkan dalam rumahtangga. Nak kekalkan kebahagiaan antara suami isteri ini bukan mudah.



Perkahwinan ini bukan satu perkara yang mudah dan boleh dipandang ringan. Bila saja akad nikah berlaku, ia melibatkan dua hati yang bersetuju dan berjanji untuk sentiasa hidup bersama tidak kira susah senang bersama.

Perkongsian Imam Muda Hassan Adli di Facebook yang menyatakan kesolehan seorang isteri diuji di saat suami tidak mempunyai apa-apa lagi dan kesetiaan seorang suami diuji di saat dia mempunyai segalanya.



Di sinilah ujian bermula,

1. Di saat suami memiliki kekayaan, pangkat, dan segala apa yang dia inginkan, di situlah ujian besar akan melanda hidup si suami. Dia mula mengabaikan tanggungjawabnya pada isteri dan anak-anak, dia mula melakukan perkara-perkara maksiat di belakang isterinya sebab dia merasakan dia boleh dapat apa saja yang dia nak.

2. Di saat isteri diuji dengan suaminya dibuang kerja, muflis, bisnes tak jadi, duit simpanan dah habis, di situlah ujian besar akan membadai si isteri. Dia mula merasakan yang suaminya tak berguna, suaminya menyusahkannya. Mula rasa menyesal berkahwin dengan dia.

Tapi, jika suami diikat dengan tali keimanan, biarpun dia sudah miliki kekayaan, dia tetap akan menjalankan amanahnya dengan baik sebagai suami, dan dia akan takut melakukan maksiat di belakang isterinya. inilah tanda solehnya seorang suami.



Bila isteri diikat dengan tali keimanan, biarpun suaminya dibuang kerja, dia tetap setia berkhidmat untuk suaminya dan selalu membakar semangat suami untuk terus berusaha. Inilah tanda solehahnya seorang isteri.

Cukuplah teman bawakan contoh Nabi Muhammad SAW dan Isterinya Saidatina Khadija R.ha. Di saat Nabi SAW memiliki kekayaan sebelum zaman kenabian, Baginda tetap setia dengan Khadijah. Baginda tetap menjadi suami yang terbaik untuk Khadijah. Di saat Baginda diangkat menjadi Nabi, Nabi sudah tidak memiliki kekayaan seperti sebelumnya, tetapi Khadijah tetap setia dengan Baginda. Di saat Baginda diuji dengan fitnah, dipulau, dihina, Khadijah tetap menjadi motivator terbaik untuk Baginda.

Wahai suami-suami sekalian (termasuklah teman ni), jadilah kita suami seperti Nabi SAW. Wahai isteri-isteri sekalian, jadilah kalian seperti Saidatina Khadijah isteri Nabi SAW.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen