Orang Perempuan Lebih Pilih Lelaki Kelakar Dari Yang Handsome, Kerana Tahu Ambil Hati.

Oleh: Zuzu Yasmine

Biasanya bila lelaki ada rupa, mereka ini akan sedikit jual mahal. Kalau pilih pasangan pun tentunya yang memiliki rupa juga. Barulah orang kata, ibu bapa cantik dan kacak, anak-anak juga akan comel. Biasanya mereka ini kalau rupa biasa-biasa memang tidak akan dilayan.

Tapi itulah, sebenarnya agak rugi walaupun anda memiliki rupa yang elok tetapi jika tidak kelakar tentu saja sukar mendapat tempat di hati perempuan. Dengar kata, orang perempuan lebih suka dan pilih lelaki yang kelakar berbanding lelaki yang ada rupa ini.



Berikut adalah puncanya;

Lelaki ada rupa ini mudah sakitkan hati

Bagi perempuan, lelaki yang memiliki rupa ini biasanya mudah diingini oleh perempuan lain. banyak mata-mata akan memandang lelaki seperti ini. Perkara ini akan membuatkan perempuan di sampingnya akan berasa tidak selesa.

Bukan itu saja, perempuan yang memiliki pasangan yang ada rupa ini akan terasa perlu bersaing dengan perempuan lain. Perkara ini akan membuat dia terasa sakit hati sendiri dan rimas dengan situasi itu. Sebab itulah, mereka tidak memilih lelaki yang mempunyai rupa.



Walaupun lelaki tersebut dikatakan setia dan sayang padanya, tetapi persaingan disekeliling membuatnya rasa tidak selamat akan hubungan mereka sendiri.

Kelakar bijak ambil hati

Kalau ini, rupa pula jatuh kepada tempat kedua. Bagi perempuan, lelaki kelakar lebih bijak mengambil hati mereka. Tidak kiralah mereka ini ada rupa atau tidak, tetapi jika dia seorang yang kelakar dan menyenangkan tentu saja ia satu kebahagiaan buat dirinya.

Biasanya lelaki kelakar ini tahu mengambil hati perempuan, bergurau serta seorang yang romantik. Malah, sikapnya yang sweet ini terlihat begitu semulajadi dan tidak buat-buat. Perkara ini yang membuatkan perempuan lebih selesa di sisinya.



Lelaki yang kelakar juga sering kali dikaitkan dengan setia. Ramai yang berpendapat bahawa lelaki yang kelakar ini tahu bagaimana nak bergurau dengan pasangan dan juga orang lain.

Bersyukur kalau kedua-duanya

Namun begitu, orang perempuan lebih bersyukur kalau dapat kedua-duanya sekali. Ini kerana, walaupun mereka terpaksa bersaing dengan perempuan lain tetapi pasangan mereka tahu mengambil hati mereka dengan gelak ketawa. Dari situ, dia juga rasa bahagia dan tidak tertekan dengan persiangan yang datang.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen