Saat Hujan Turun Dengan Lebat, Jangan Lepaskan Peluang Untuk Berdoa.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika ini, hampir seluruh negara kita sedang menikmati suasana yang sejuk dan menyegarkan. Bila waktu petang saja, hujan akan turun membasahi bumi. Ada yang seronok jika dengan cuaca seperti ini, tidak panas malah terasa nyaman saja.

Pada cuaca seperti ini mungkin akan ada yang berdepan sedikit kesukaran dalam mencari rezeki, bahkan ada juga yang begitu lena dibuai mimpi kerana cuaca hujang sangat selesa untuk tidur. Buat yang tidak dapat mencari rezeki pada ketika ini, jangan mengeluh atau kecewa.



Waktu hujan turun adalah dua waktu terbaik dimakbulkan doa. Ambil kesempatan ini dan menadah tangan memohon apa yang dihajati dari Allah.



Jangan kecewa,

Jangan layan lenanya tidur,

Tetapi berdoalah kepada Allah.

Hujan itu Rahmat Allah

Dikatakan salah satu rahmat Allah ialah ketika hujan dimana DOA yang dimakbulkan oleh Allah s.w.t apabila hamba-hambanya berdoa.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Berdoalah pada waktu mustajab iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun...” (HR: abu Dawud)

“Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu doa ketika azan dan doa ketika waktu hujan.” (HR: Hakim)

“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembir, mendahului kedatangan rahmatNya (hujan), sehingga apabila angin membawa awan mendung, Kami halakan ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujang di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai jenis buah-buahan. Demikianlah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran...” (QS: Al- A’raf: 57)

Doa ketika hujan

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksudnya: “Ya Allah Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.” [Riwayat al-Bukhari (1032)]

Ya Allah... banyaknya nikmat yang Engkau berikan. Alhamdulillah.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen