Kerana Lalai, Kita Mula Jatuh Cinta Dengan Orang Lain Walaupun Sudah Berstatus Suami Atau Isteri Orang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kala kita terlalu leka, terlalu seronok dan juga terlalu bahagia. Tanpa sedikit pun kita bimbang, berhati-hati atau berjaga-jaga. Kita rasa hati manusia ini tidak berubah, bila dah sayang dia akan kekal setia dan sayang selamanya, tapi hati manusia ini berubah-ubah. Bila ia akan berubah itu tidak ada yang menjangka.

Setiap manusia yang diuji ini tentunya ada kelebihan dan juga kemampuan yang tersendiri, mungkin anda tidak mampu tetapi dia kuat dan mampu. Jangan terlalu hanyut dengan cinta, kerana cinta tanpa tanggungjawab tiada erti.



Bila pasangan kita jatuh cinta dengan lelaki lain ketika bergelar suami atau isteri kita, mampu ke kita berikan peluang kedua?



Satu video daripada perkongsian Ustaz Ebit Lew di laman Facebook miliknya mengenai seorang isteri diuji mencintai lelaki lain saat memegang status isteri. Satu perkongsian yang sebak hingga turut dirasai penonton, malah ditambah dengan keikhlasan lelaki yang memaafkan isterinya itu.

Ini respon Ustaz Ebit Lew mengenai perkara itu.

Sebak menangis kasihan bila dengar kisah mereka. Jatuh cinta dengan lelaki lain selain suami. Semua orang menangis tepuk tangan bila abang ni kata saya maafkan isteri saya dan saya minta maaf. Minta ampun pada Allah. Saya nak bawa isteri saya masuk syurga. Allahuakbar.

Kadang-kadang dalam rumahtangga kerana lalai, kita mula jatuh cinta dan suka orang lain. Baik lelaki atau wanita, bukan nak cari silap siapa. Tapi kita semua silap dan lali.



Cinta sebenar bila kita cinta kepada Allah. Barulah datang cinta dan sayang kepada Allah. Cinta kekal sampai syurga.

Semailah rasa cinta. Ia anugerah Allah saat pernikahan. Kita lupa beri masa bersama, makan bersama saling suap menyuap. Tak sempat buat talim rumah. Baca Al-Quran sama-sama. Mula tidur asing. Zaman ini masing-masing sibuk dengan handphone. Tak sempat dengar pasangan. Lupa membantu, hargai dan puji pasangan. Kadang makan dan beri masa untuk orang lain.

Love = time. Berilah masa dan semaikanlah rasa cinta.

Syukur baru ini lihat ramai pasangan saling memaafkan dan pegang tangan menangis kerana hati rasa kosong sebab lalai dari tujuan hidup.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen