Jangan Uji Kesetiaan Pasangan Dengan "Prank" Tapi Lebih Baik Lakukan Solat Istikahrah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa sangat heboh di media sosial akan seorang wanita lebih memilih wang ringgit 20k berbanding untuk terus setia dengan kekasihnya. Walaupun mula ingin menguji kesetiaan pasangan, tapi rupanya memakan diri sendiri bila wanita terbabit lebih memilih wang ringgit bukannya dirinya.

Walaupun kita ini hanya menonton saja apa yang terjadi dan tidak berada di tempat kejadian, tentunya perkara itu juga membuat kita rasa geram dan nak marah. Bukan kepada wanita tebabit tetapi kepada mereka-mereka yang melakukan prank tersebut.



Kalau difikri secara logiknya, baik lelaki atau perempuan bila diberi wang yang banyak sebegitu tentunya akan gelap mata. Ia seolah-olah durian runtuh buatnya. Kalau kekasih? Belum tentu lagi menjadi pasangan hidup. Rata-rata netizen memberi pandang seperti itu.

Namuan begitu, perkara ini sebenarnya tidak wajar dilakukan. Tidak kiralah ia sekadar lakonan ataupun sememangnya betul-betul sekalipun, tentu akan menjatuhkan maruah individu terbabit.



Jika sudah ragu-ragu dengan pasangan, dan merasakan pasangan tidak setia, boleh lakukan solat istikharah untuk mendapatkan petunjuk. Ini cara lakukan solat istikharah dengan ringkas.

Niat

Niat dalam hati “Sahaja aku solat sunat istikarah dua rakaat kerana Allah Taala.”

Rakaat pertama

Rakaat pertama, bacalah Surah Al-Fatihah & Surah Al-Kafirun / tujuh kali ayat Al-Kursi

Rakaat kedua

Rakaat kedua, bacalah Surah Al-Fatihah & Surah Al-Ikhlas

Ketika sujud terakhir, pohonlah kepada Allah S.W.T memberikan petunjuk dalam memilih jodoh yang terbaik untuk diri kita. Adakah dia pasangan terbaik? Mudah-mudahan Allah memberikan pertolongan.

Salam

Selepas memberi salam, bacalah Alhamdulillah, berselawat dan diikuti bacaan doa istikarah.

Doa selepas solat istikharah (Untuk jodoh)

Dalam soal jodoh dan memilih pasangan hidup, anda boleh tukarkan tempat kosong dengan nama khusus seseorang.
Walaubagaimanapun, anda bebas untuk menggunakan ayat sendiri yang lebih anda fahami kerana Allah Maha Mengetahui apa yang anda ingin nyatakan.

Doa boleh dibaca dalam bahasa Arab atau terjemahan Bahasa Melayu sepertimana berikut;

“Ya Allah, aku memohon agar Engkau memilihkan mana yang baik pada ilmu Engkau ya Allah. Aku memohon agar Engkau memberikan kepastian melalui ketentuanMu dan aku memohon limpahan Engkau Yang Maha Agung, kerana sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa, walhal aku tidak tahu dan Engkaulah Yang Amat Maha Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.”

“Ya Allah, dalam urusan memilih jodoh ini, sekiranya aku memilih __________ sebagai pasangan hidupku itu baik bagiku, baik bagi agamaku, dan baik bagi hidupku, maka mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikanlah keberkatan didalamnya untukku.”

“Ya Allah, sesungguhnya dalam urusan memilih jodoh ini, sekiranya aku memilih _________ sebagai pasangan hidupku itu tidak baik bagiku, tidak baik bagi agamaku, tidak baik untuk penghidupanku, dan juga tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripadaku, dan jauhkanlah aku daripadanya.

Takdirkanlah aku dengan kebaikan di mana sahaja aku berada kemudian jadikanlah aku orang yang redha atas anugerah Mu.”

Jangan lakukan sekali dua saja, tetapi lakukan dengan kerap sehingga anda yakin akan petunjuk yang diberi. Bagaimana nak tahu petunjuknya?



Al-Quran telah menyatakan bahawa Allah s.w.t memberi ilham kepada peminta itu, samada baik atu buruk seperti surah Syams ayat 7-8. Bermaksud:

“Demi jiwa manusia dan yang menyempurnakannya. Maka Allah akan mengilhamkan kepada jiwanya tentang baik dan buruknya”.

Terdapat hadis juga yang menyatakan bahawa petunjuk datang daripada mimpi. Hendaklah melakukan solat istikaharah sebanyak 7 kali berturut-turut. Panduan solat ini datang daripada hadis yang maksudnya:

“Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada Tuhamu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda atau perasaan yang datang terlebih dahulu (dominan) didalam hatimu” (hadis riwayat Ibn Sunni dari Anas, An-Nawawi)

Namun begitu, ada juga yang menyatakan bahawa petunjuk bukan datang melalui mimpi saja.
Ada yang datang melalui

• Restu orang tua dan orang sekeliling
• Hasrat ingin berkahwin dipermudahkan
• Hati menjadi yakin akan pilihan anda

Letakkan pengharapan kita kepada Allah, jika itu sememangnya sudah tertulis jodoh anda. Tentunya dia terbaik buat anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen