Elak Menjadi Mangsa Sihir, Ini Cara Upload Gambar Di Media Sosial. Orang Perempuan Kena Peka Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata rambut sama hitam tapi hati lain-lain, itu yang sangat membimbangkan sebenarnya. Kita tidak tahu niat seseorang yang mendekati kita atau disekeliling kita. Boleh jadi, dihadapan kita dia tersenyum manis melihat kebahagiaan tetapi bila dibelakang dia yang paling kejam berbanding yang lain.

Kalau dia bercakap kasar dengan kita itu mungkin boleh diterima dan tahan sabar lagi, tapi pihak dia menggunakan cara halus itu yang lebih membimbangkan sebenarnya. Nak-nak sekarang ini begitu mudah nak dapatkan gambar penuh kita yang kita sendiri muat naik di media sosial.



Namun, jangan bimbang. Tak salah pun nak muat naik gambar anda di media sosial walaupun sebenarnya ia tidak digalakkan. Tapi pastikan gambar tersebut ada ciri-ciri seperti di bawah ini.

Mata Elak Kamera

Pastikan anda tidak meletakkan gambar anda yang menunjukkan mata anda jelas memandang ke arah lensa kamera. Usah pula korek biji mata tu. Hanya perlu elak memadang tepat pada lensa! Ha seperti dalam gambar di bawah ini, ajak sahaja rakan-rakan berlakon seperti ini.



Selfie Separuh

Selain itu, anda juga boleh mencuba langkah untuk mengambil gambar yang separuh. Jika mahu melihat kamera, pastikan nampak separuh sahaja.

Gambar Bersaiz Kecil

Mengikut sumber yang dikatakan, Langkah ini juga turut dicadangkan oleh seorang ustaz di mana memastikan gambar yang ditangkap dan dimuatnaik itu besaiz kecil dan tidak jelas pun tidak mengapa.

Gambar Separuh

Selain dari itu, memuat naik gambar separuh badan dan tidak menunjukkan seluruh badan dari kepala sehingga kaki juga merupakan salah satu langkah yang boleh diambil sebagai pelindung seperti di bawah.

Elak Dedah Nama Penuh Ibu



Yang ini juga merupakan satu perkara yang penting. Mengikut sumber, menyatakan nama ibu adalah salah satu keperluan yang boleh digunakan untuk amalan syirik ini.

Cuba check kembali gambar yang anda muat naik, kalau tak ada ciri-ciri seperti di atas, boleh la dipadam.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen