4 Cara Untuk Putus Daripada Lelaki Yang Tidak Serius.

Bercinta adalah perkara biasa, muda-mudi dan remaja kita sudah biasa dengan terma cinta. Namun demikian, bagi gadis-gadis yang mendambakan cinta yang berkekalan, perkahwinan adalah salah satu langkah dalam pembuktian cinta. Namun demikian, tidak semua lelaki serius dalam perhubungan mereka. Golongan ini hanya inginkan keseronokan bercinta dan mengabaikan perhubungan yang membawa ke syurga. Bagi gadis-gadis di luar sana yang masih mencari calon lelaki yang lebih serius, berikut ini adalah 4 cara-cara untuk memutuskan hubungan daripada lelaki yang tidak serius.



1. Ayah Emak, Kahwinkan Aku...

Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa, apabila anak perempuan mereka mencapai satu peringkat usia yang sesuai untuk berkahwin, maka wajar dikahwinkan. Itulah gunanya usia manusia, bukan sekadar untuk meningkat matang semata-mata. Usia, datangnya haid dan sebagainya yang Allah ciptakan adalah bertujuan untuk membantu ibu bapa membuat kira-kira bila perlunya anak mereka untuk dikahwinkan. Telefon ibu bapa anda, minta mereka menelefon teman lelaki anda bertanyakan tarikh perkahwinan dan perancangan perkahwinan kerana anda sudah mencapai usia layak berkahwin. Jika teman lelaki anda tiada perancangan, dia akan mengundurkan diri dengan sukarela. InsyaAllah.

2. Khabarkan Kepada Dunia.

Jika anda jenis yang tidak segan untuk memberitakan kisah hidup anda kepada sesiapa saja, ala-ala lapar pun anda hebohkan di Facebook, mungkin anda boleh gunakan medium sama untuk memutuskan hubungan anda dengan teman lelaki anda. Umumkan kepada kawan-kawan, saudara-mara dan kenalan anda dan teman lelaki anda akan hasrat anda ingin berkahwin. Teman lelaki anda yang tidak serius akan segera bertindak untuk menamatkan hubungan dengan anda bagi mengelakkan tekanan orang ramai kerana tidak pernah mengajak anda untuk berkahwin.



3. Eh.. Eh.. Ustazlah..

Ambil satu masa yang sesuai untuk memerangkap teman lelaki anda agar berhadapan dengan ustaz/ tok imam/ ibu bapa anda/ ibu bapa teman lelaki anda. Ketika itu, nyatakan keinginan anda untuk berkahwin dan tanyakan nasihat ustaz bagi perhubungan anda berdua yang masih belum berkahwin. Jika teman lelaki anda serius, dia pastinya akan menerima pandangan orang yang anda berdua hormati. Jika tidak, dia akan mengundurkan diri secara sukarela. InsyaAllah.

4. Selamat Tinggal Sayang, Aku Mengundur Diri..

Cara terbaik untuk meminta sesebuah perpisahan adalah dengan bersemuka dengan teman lelaki anda, tanyakan kepadanya adakah dia sudah bersedia untuk berumahtangga dengan anda. Nyatakan mengapa anda ingin segera berumahtangga, dan nyatakan tanpa berselindung apa-apa. Nyatakan juga anda besedia untuk memutuskan hubungan kerana perlunya anda untuk berkahwin. Jangan buat kesilapan dengan memberi alasan mengapa anda ingin berpisah kerana ia hanya akan memberi harapan palsu bahawa anda akan menerima dia jika dia berubah. Fokuskan kepada mengapa anda ingin berkahwin agar ia tampak jelas untuk teman lelaki anda. Jika dia memang tiada perancangan untuk menghawini anda, dia pasti akan bersetuju dengan keputusan anda untuk berpisah.



Kesimpulan.

Sebenarnya, ada banyak cara lagi untuk memutuskan hubungan dengan teman lelaki seperti tidak melayan panggilan, mengubah sikap anda menjadi buruk untuk sementara, menipu bahawa anda ada calon lain dan sebagainya. Namun, teknik sedemikian boleh mengundang padah dan membawa kepada keputusan yang tragis. Cara terbaik yang ada adalah dengan membuatkan teman lelaki anda secara sukarela, menerima dengan rasionalnya keputusan anda untuk hubungan anda berdua putus. Melalui tindakan ini, anda bebas untuk mendapatkan teman lelaki baru yang lebih serius akan perhubungan dengan anda dan teman lelaki anda sekarang sedar bahawa hubungan anda berdua gagal kerana dia yang tidak ingin memberi komitmen bersama anda, dan bukannya atas apa-apa kekurangan atau kesalahan anda.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen