Isteri Mampu Kuat Bila Diuji Dengan Sikap Suami Tapi Bila Ada Orang Ketiga, Hati Mereka Hancur.

Oleh: Zuzu Yasmine

Adat dalam hubungan suami isteri, ada yang akan makan hati dengan sikap pasangan yang pelbagai ragam. Tapi itulah rumahtangga, bila ada macam-macam hal yang berlaku barulah makin kenal pasangan sendiri.

Isteri ini biasanya mudah ambil hati, terasa hati dan juga sensitif orangnya. Mereka ini sukakan perhatian dan selalu sangat ingin dimanja, sebab itulah bila suami tertinggi suara saja, terus ambil hati. Tapi itu bukan sebab dia untuk merajuk lama-lama.



Seorang isteri ini dia seorang yang berhati kuat, walaupun dia kelihatan sensitif dan juga manja tapi mereka ini lebih kuat dari lelaki. Sebab itulah dia mampu tahan saja dengan pelbagai ragam orang lelaki.

Ada yang suka bermain motosikal sampai lupa isteri di rumah, tidak mengapa asalkan masih setia dan tunaikan tanggungjawab.

Ada yang bila isteri kongsi apa-apa dia buat tak tahu saja, tak apa asalkan suami dia masih ada di sisi dan tidak sibuk dengan orang lain.



Walaupun ada yang makan hati dengan pasangan mereka, tetap saja mereka akan sokong apa yang suami mereka lakukan. Kalau minat, mereka juga akan beri sokong kepada apa yang diminati. Tapi jangan pula berlebihan hingga lupa tanggungjawab.

Jangan ambil kesempatan kesabaran isteri

Kalau isteri anda jenis okay semua perkara, jangan ambil kesempatan dengan simpan perempuan lain pula. Jangan terlalu mesra dengan perempuan lain. Bab ini, mereka akan mula rasa tergugat dan tidak mempercayai diri anda. Mana tidaknya, kehadiran orang ketiga ini akan timbulkan banyak perkara sebenarnya dalam hubungan kalian.

• Isteri akan mudah rasa cemburu
• Mudah terasa dingin
• Hubungan akan renggang

Jangan bila isteri dan benarkan anda lakukan apa yang anda suka, beri sokongan kepada apa yang anda minat, di situ anda pula yang curi langkah dan ambil kesempatan yang telah isteri berikan.



Tiada peluang kedua


Kalau anda kantoi curang atau kantoi lebihkan wanita lain berbanding isteri anda, tentunya hatinya akan remuk seribu malah akan hilang kepercayaan dia terhadap anda. Isteri ini, dia boleh telan semua sikap anda tapi dia tidak boleh terima kehadiran orang ketiga yang berpunca dari anda.

Bila isteri boleh tahan dengan semua sikap anda, terima baik buruk anda, hargai dirinya. Jangan ambil kesempatan di atas kebaikan yang dia telah lakukan kepada anda. Mungkin hari ini anda nampak kurangnya dia, tapi bila anda kehilangan dirinya baru anda tahu betapa bernilainya dirinya di sisi anda.

Kehadiran orang ketiga ini bukan kerana kurangnya pasangan tapi diri sendiri yang membuka peluang untuk dia masuk ke dalam hubungan kalian. Jadi bila sudah tahu diri itu sudah mempunyai pasangan, jangan sesekali benarkan orang ketiga hadir.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen