Untuk Yang Masih Membenci Bekas Kekasih, Ini Nasihat Buat Anda Kalau Ingin Bahagia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh itu sememangnya luar dugaan dan penuh rahsia. Ada kata kita sudah bercinta dengan dirinya bertahun-tahun tapi tiba-tiba dia berkahwin dengan orang lain. Ada pula yang hari ini kenal, 3 bulan selepas itu mendirikan rumahtangga, ada juga yang sudah berpisah tetapi disatukan di atas pelamin. Banyak kemungkinan sebenarnyan jodoh ini.

Bila tidak ditakdirkan untuk bersama, tentu ada perasaan kecewa, sedih, sakit dan bahkan dendam jika alasan perpisahannya sangat menyakiti diri anda. Tapi, disebalik semua itu ada kesan pada diri anda tanpa sedar.



Buat anda yang masih sukar memaafkan bekas kekasih dan masih terbawa rasa benci hingga ke hari ini, renung perkara ini bersama.

Benci itu perlukan banyak tenaga

Ketahuilah bila anda membenci seseorang ia akan terasa berat buat anda. Ini kerana anda akan terus memikirkannya dan bahkan menyimpan rasa benci terhadapnya. Tekanan yang ada di dalam diri anda memerlukan banyak tenaga dan bila anda semakin tertekan ia akan merosakkan diri anda.

Terima saja dengan hati yang lapang, bahawa kalian tiada jodoh untuk bersama. Itu lebih baik untuk diri dan kesihatan anda.



Membenci tidak akan membuat anda menjadi lebih baik

Semakin anda membenci, semakin cemburu dan iri hati akan timbul. Jadi lebih baik melepaskan kerana membenci tidak akan menjadikan anda lebih baik. Tidak kiralah apa yang anda lakukan untuk tunjuk kepadanya, akhirnya anda sendiri yang kecewa dan sakit hati kembali. Itu satu perkara yang sia-sia sebenarnya.

Masa lalu biarkan berlalu

Jangan dikenang apa yang sudah berlalu anggap saja itu sejarah dan pengalaman buat diri anda. Jika anda terus menerus membawanya hingga ke hari ini, anda yang semakin terluka dan kecewa. Malah anda juga yang masih belum merasai bahagia.



Membenci dia tidak akan membuatkan anda lebih bahagia darinya

Semakin anda membenci si dia itu bererti anda lebih sedih dan sebenarnya anda tidak bahagia walaupun dari orang yang telah menyakiti anda. Lebih baik biarkan, kerana suatu hari nanti anda pasti akan berjumpa dengan orang yang tepat.

Memaafkan dia akan mempermudahkan jodoh anda

Jangan simpan apa yang dia lakukan ke atas anda lagi. Masa ini adalah masa terbaik untuk anda memaafkan dirinya. Memaafkan seseorang yang pernah melukakan diri anda adalah salah satu jalan mendekatkan anda dengan jodoh anda.

Membenci itu tidak akan membuahkan hasil pada dia atau anda, kerana akhirnya anda terluka dan dia terus bahagia.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen