Bila Isteri Dah Tak Ada Rasa Cemburu Ni, Tanda Dia Dah Malas Ambil Tahu Lagi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan dengan rasa cemburu memang tidak dapat dipisahkan. Mereka ini mampu menahan rasa cinta tapi bila rasa cemburu mereka tidak akan mampu menahannya. Nak lihat wanita cemburu, mudah saja. Lihat riak wajahnya, dari senyum boleh jadi masam mencuka, itulah tanda dia cemburu.

Selalunya, cemburu ini dikatakan rasa sayang dan takut kehilangan. Siapa yang tidak cemburu dengan sikap pasangan yang mesra dengan wanita lain, mana-mana wanita tentunya akan rasa cemburu. Mana tidaknya, mereka tidak mahu berkongsi dan juga takut kehilangan anda.



Wanita kalau dia sudah sayang anda, tentunya akan selalu ada perasaan sebegini. Itu yang mereka mudah cemburu buta dan overthinking, semuanya gara-gara rasa cemburu yang tidak tahu nak dibendung.

Cemburu itu tanda sayang

Sebagai seorang lelaki, anda sepatutnya patut bersyukur kalau pasangan atau isteri anda masih ada cemburu dalam apa yang anda lakukan. Mereka cemburu kalau anda terlalu mesra dengan wanita lain, kerap bertegur sapa dengan wanita lain ataupun membela wanita lain. Naluri seorang wanita tentunya mahu anda melebihkan dirinya walaupun dalam apa jua keadaan.



Boleh jadi, tiada angin tiada ribut tiba-tiba isteri atau pasangan anda marah tiba-tiba, cuba lihat apa yang anda lakukan sebelum ini. Boleh jadi itu angkara dia cemburu anda melebihkan perkara lain.

Mungkin bagi anda cemburu mereka ini merimaskan, cemburu tak kena tempat ataupun cemburu yang berlebihan. Tapi itu semua kerana dia sayangkan anda. Bila sudah tiada rasa cemburu maka sudah hilang rasa ambil tahu.

Tidak cemburu tanda malas ambil tahu

Bila dia sudah tak peduli dengan wanita mana anda bermesra, atau apa yang anda lakukan. Itu semua kerana dia sudah malas ambil tahu mengenai diri anda. Apa yang anda lakukan dan dengan siapa anda bermesra. Baginya itu semua sudah tidak penting bila mana anda anda melebihkan pihak tersebut.



Jangan terlalu selesa dengan keadaan ini. Perkara ini sebenarnya bahaya buat hubungan kalian suami isteri. Bila isteri anda sudah malas ambil berat dan ambil tahu mengenai diri anda, dia akan lebih memikirkan dirinya dan anak-anak.

Jangan terkejut dalam diam dia mula menyusun kebahagiaannya sendiri tanpa kehadiran diri anda. Itu yang sangat membimbangkan.

Malas ambil tahu tanda hati mula tawar

Ramai yang tidak tahu sebenarnya, bila seseorang malas ambil tahu akan diri anda itu tandanya dia mula tawar hati dengan sikap anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku. Biarlah dia cemburu itu tanda dia masih pedulikan diri anda.

Kalau anda rasa cemburunya berlebihan, berikan teguran. Jangan terus memarahi dirinya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen