Kerana Nak Kelihatan Cantik Depan Suami, Sanggup Cukur Kening. Boleh Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita sememangnya sukakan sesuatu yang cantik. Jadi ramai isteri yang sentiasa mencantikan diri di depan suami mereka. Bahkan, perkara itu sangat dituntut di dalam Islam. Setiap kali berhias untuk suami, isteri akan mendapat pahala tetapi hanya pada suami saja.



Demi mencantikan diri, tentunya banyak perkata yang dilakukan oleh kaum isteri ini. Mereka sanggup melakukan apa saja demi menambat hati suaminya. Salah satu cara yang digemari ialah mencukur bulu kening.



Tapi persoalannya, apakah hukum seorang isteri memotong atau mencukur sebahagian bulu kening dengan gunting supaya kelihatan cantik dan kemas dilihat oleh suami.

Hukum mencukur bulu kening adalah haram dan pelakunya dilaknat sebagaimana datang di dalam hadis. Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas RA katanya :

لَعَنَ النَّبِيُّ صلّى الله عليه وسلّم النَّامِصَةَ وَالمُتَنَمِّصَةَ
Maksudnya : “Telah melaknat oleh Rasulullah saw akan perempuan yang mencukur bulu kening dan yang minta dicukurkan.”

(Hadith Abu Daud)

Maksud mencukur yang diharamkan ini ialah mencukur licin kesemua bulu keningnya atau mencukur sebahagian besar bulu kening yang ada dan ditinggalkan bahagian yang halus di atas keningnya.

Ada pun mencukur kening yang tumbuh lebih dari tempatnya atau memotong yang panjang daripadanya atau mengandamnya kerana tumbuhnya tidak kemas maka berlaku khilaf dikalangan ulamak dan panjang perbahasan ulamak pada masalah ini.



Sebahagian ulamak mengharuskannya dan sebahagian yang lain melarang.

Tersebut pada kitab Mughni Muhtaj bagi Syeikh Khatib Syarbini :

أما إذا أذن لها الزوج أو السيد في ذلك فإنه يجوز لأن له غرضا في تزيينها له و قد أذن لها فيه
Maksudnya: “Ada pun apabila suaminya atau penghulunya memberi izin pada memotong bulu kening maka harus ia kerana berhias bagi suaminya yang telah memberi izin baginya pada memotong itu.”

Berkata Imam As-Syairazi:

وأما الاخذ من الحاجبين إذا طالا فلم أر فيه شيئا لاصحابنا وينبغى أن يكره لانه تغيير لخلق الله لم يثبت فيه شئ فكره وذكر بعض أصحاب احمد انه لا بأس به: قال وكان احمد يفعله
Maksudnya: “Dan ada pun memotong dari dua keningnya apabila panjang ia maka aku tidak melihat apa-apa dari pandangan ashab kami. Dan sayugianya makruh ia kerana mengubah kejadian Allah yang tidak sabit suatu dalil atasnya itu maka dihukumkan makruh. Dan sebahagian ulamak Hanbali berkata ianya tidak mengapa dan dikatakan bahawa Imam Ahmad mengharuskannya.” (Kitab Al-Majmu’)

Kesimpulannya

• Haram mencukur semua kening atau mencukur sebahagian besar hingga tinggal yang halus daripada kening.

• Harus disisi setengah ulamak memotong kening yang panjang atau mengandamnya dengan gunting supaya kelihatan kemas dilihat oleh suaminya dan bukan berniat untuk berhias selain mahram manakala sebahagian ulamak yang lain memakruhkannya. Wallahua’lam.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen