Tanda-Tanda Seorang Wanita Mula Serius Ingin Berumahtangga, Ada Pada Anda?

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau selalunya seorang perempuan yang sibuk mencari seorang lelaki yang serius sebagai calon suami ataupun orang yang ingin dia berkenalan, tapi bagaimana pula dengan lelaki? Adakah mereka ini tidak mencari seorang perempuan yang serius dan bersedia untuk berkahwin?

Tentunya, lelaki pun akan mencari yang sama. Mana tidaknya, bukan hanya perempuan saja yang menjadi mangsa ditinggalkan lelaki yang masih belum serius dan bersedia untuk ke hubungan seterusnya, lelaki juga ada yang menjadi mangsa.



Jadi, apa tanda seorang perempuan sudah mula serius untuk berumahtangga.

Dia mula fokus mencari lelaki yang memahami dan bertanggungjawab

Walaupun ada lelaki yang dia cintai, tetapi dia tetap akan mencari seseorang yang memahaminya dengan baik dan bertanggungjawab. Ini kerana, lelaki seperti itu lebih sesuai untuk dijadikan suami berbanding lelaki yang hanya suka-suka dan masih belum bersedia. Sebab itu jangan terkejut, kalau dia bercinta dengan orang lain tapi kahwin dengan orang lain.



Mula ringankan tulang dalam uruskan rumah

Kadang kala, ada perempuan yang memang agak liat dalam menguruskan hal-hal rumah ini. Nak-nak lagi bab memasak. Tapi kalau dulu dia hanya harapkan masakan mak saja, kini dia sendiri yang berjinak-jinak pergi ke dapur, tentunya dia seorang yang sudah mula memikirkan alam rumahtangga. Seorang isterikan kena pikat hati suami melalui perutnya.

Fokus kepada seorang lelaki saja

Salah satu tanda yang anda boleh lihat juga sebenarnya adalah dia sudah mula fokus dengan seorang lelaki saja. Bukan saja dia setia, ini kerana dia mahukan lelaki itu menjadi pasangannya. Itupun kalau lelaki itu melengkapi ciri-ciri calon suami yang dia mahukan. Kira kalau dah jumpa, memang dia akan setia dengan itu saja.



Mula berminat akan ilmu rumahtangga

Bila bercakap mengenai ilmu rumahtangga ini memang luas. Bukan saja uruskan bab-bab uruskan rumah, tetapi juga melibatkan agama, kewangan dan juga keibubapaan. Sebab itu bila dulu dia macam acuh tak acuh sekarang ini dia yang mula ingin tahu akan semua perkara. Nak-nak lagi kalau bab ciri-ciri isteri solehah.

Menyimpan duit kahwin

Bukan orang lelaki saja yang mula menyimpan duit kahwin, orang perempuan juga akan melakukan hal yang sama. Mana tidaknya, kalau nak buat majlis bertunang, beli barang hantaran dan juga nak buat majlis kahwin nanti perlukan duit yang banyak. Jadi sedikit sebanyak bolehlah dia tolong topup apa yang kurang.

Jadi, anda sudah ada tanda-tanda seperti ini? Kalau sudah, jangan tunggu lama-lama untuk mencari calon yang sesuai sebagai pasangan hidup.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen