Bila Sudah Cecah 20-An Bukan Masa Untuk Main-Main Lagi, Ini Masa Serius Untuk Mencari Jodoh.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila usia cecah 20an, ramai yang masih nak main-main lagi dalam mencari jodoh. Tapi bila sudaj hampir cecah 30an barulah masing-masing nak kalang kabut mencari pasangan hidup ini. Sedangkan, nak cari pasangan hidup ini perlu lebih awal barulah tak kalut nanti.

Jangan anggab bahawa usia pada 20an itu masih muda lagi, sebenarnya itu adalah masa yang sesuai untuk anda memikirkan calon dan masa depan anda. Mana tahu dengan cara ini anda berpeluang untuk mendirikan rumahtangga lebih awal, kalau tidak pun tentu sudah ada calon yang sesuai.



Pada usia ini bukan waktu untuk anda cuba-cuba lagi. Bahkan bukan juga untuk anda berkawan dengan seseorang secara main-main, masa ini sudah mula serius dan memikirkan masa depan anda.

Kenapa nak cari pasangan hidup saat bila anda hampir mencecah 30an, sedangkan 20an ini adalah waktu yang sesuai. Kalau tidak ada jodoh itu lain cerita, tapi jangan sengaja anda lengahkan mencari pasangan hidup kerana...

Lebih banyak pilihan.

Pada usia ini anda sebenarnya lebih banyak pilihan. Nak yang lebih muda atau lebih berusia kedua-duanya tiada masalah. Kalian akan lebih serasi dan juga lebih memahami dengan mudah kerana tiada perbezaan umur yang jauh. Saat-saat ini ramai yang belum berpunya maka anda berpeluang nak dapatkan seperti yang anda inginkan.



Proses kenalan yang agak lama

Sebenarnya nak berkenalan dengan seseorang ini agak memakan masa. Mungkin ada yang berkenalan 3 bulan sudah melangkah ke fasa seterusnya tapi ada juga yang ambil masa bertahun baru ke fasa seterusnya. Masa ini anda masih tidak terburu-buru tinggal kenal dengan lebih mendalam dengan pasangan saja, berlainan dengan usia sudah meningkat tentunya anda terburu-buru.



Jangan ambil mudah pada mereka yang serius

Ramai yang sebenarnya sudah mula serius dalam hubungan pada usia 20an ini, tapi ia akan menyukarkan mereka bila berjumpa dengan anda yang masih belum serius dan ingin bermain-main lagi. Mana tidaknya, kesan dari perbuatan anda itu akan memberi luka yang mendalam padanya. Boleh jadi kerana anda, dia pula yang lewat menemui jodoh kerana merawat luka di hati.

Anda buang banyak masa

Mungkin anda mempunyai cita-cita anda sendiri, ingin memiliki rumah, kerjaya dan kewangan yang stabil dahulu. Tapi tak salah pada masa yang sama anda memiliki seseorang yang menyokong kepada cita-cita anda itu. Bila anda berjaya dapatkan apa yang anda mahukan, pada masa yang sama anda juga berjaya memiliki pasangan hidup pada waktu yang sepatutnya.

Jangan baru nak serius bila rakan-rakan anda sudah mula berkahwin dan berkeluarga, masa itu pilihan sudah tak banyak dan anda akan sedikit terburu-buru.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen