Minuman Halia Bagus Untuk Naikkan Seri Wajah, Orang Perempuan Kena Rajin Amalkan Kalau Nak Wajah Berseri Selalu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masa muda-muda inilah kena kekal bertenaga dan menjaga kesihatan tubuh badan. Nak-nak buat kaum wanita yang sememangnya sekarang ini ramai yang berkerjaya dan juga orang penting dalam rumahtangga. Tentunya makanan dan minuman sihat perlu menjadi amalan setiap hari.

Banyak khasiat rupanya bila amalkan minum air halia ini especially untuk kecantikan dan kesihatan dalaman tubuh badan.

Dikatakan halia ini banyak khasiat lebih lebih lagi khususnya wanita yang sudah berkahwin. Antaranya buang angin, membakar lemak, memanaskan tubuh dan menguatkan sistem pertahanan tubuh badan.



Naik seri wajah

Amalan minum air halia dan madu dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan kesihatan dalaman. Ia membuatkan muka tampak segar dan membantu lancarkan perjalanan darah. Buat anak darah yang selalu lesu boleh amalkan untuk naikkan seri wajah.

Turunkan berat badan

Hiriskan halia halus dan campur dengan air panas, madu dan sedikit perahan limau nipis. Halia membantu melancarkan system metabolisma serta memecahkan lemak dalam tubuh secara semula jadi. Mampu selesaikan masalah berat badan anda dengan lebih jimat.



Buang angin

Hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan dalam air panas bersama uncang the hijau tanpa gula. Halia membantu untuk membuang angin dan toksin dalam badan. Amalkan setiap hari dan badan kembali segar. Mereka yang banyak angin tentu akan rasa segar keesokan harinya.

Kuatkan system imun badan

Halia membantu membersihkan system limfa dan mengeluarkan racun dan juga membunuh bakteria. Sekaligus menguatkan system imun dalam tubuh badan.

Mudah dan jimat, tak perlu beli supplement yang mahal-mahal, guna halia saja sudah membantu menjaga kesihatan dalaman anda.





Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen