Bila Perempuan Jatuh Cinta... Tentu Akan Lakukan 5 Kesilapan Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan ini bila sudah angau jatuh cinta, memang selalunya tidak berfikir panjang. Dia lebih memfokuskan perkara tersebut dan ingin capai perkara tersebut dengan segera. Sebagai contah, dia fokus untuk mendapatkan pasangannya sepenuhnya maka dia akan mula melakukan seribu cara untuk pastikan dia tidak akan berkongsi pasangannya dengan orang lain walaupun dengan rakan pasangan.

Bila perempuan betul-betul jatuh cinta, dia sudah tidak fikri baik buruk perkara tersebut tetapi dia merasakan apa yang dia lakukan adalah salah satu usaha yang akan membuatkan pasangan bertambah cinta kepadanya. Tapi sebenarnya, ia satu kesalahan.



Bila orang perempuan jatuh cinta, tentu akan lakukan kesilapan ini.

Mula berfikir nak jadi orang lain

“Awak suka perempuan yang macam mana?” soalan ini biasanya akan diutarakan oleh perempuan. Sebenarnya dia sedang cuba menjadi seseorang yang lain, di mana dia cuba menjadi seseorang yang disukai oleh pasangan dia. Sedangkan, pasangannya sudah cukup terpikat dengan dirinya, namun dia masih lagi merasakan tidak cukup dan perlu menjadi lebih baik.



Mula overthinking

Sememangnya satu hobi perempuan yang sangat dia sukai. Ada pasangan atau tidak, dia tentunya akan sentiasa berfikir secara berlebihan. Bila ada pasangan, dia akan mula berfikir secara berlebihan mengenai pasangannya itu. Mungkin kerana rasa takut kehilangan tapi kadang kala ia berlebihan jika timbul rasa tak selesa.

Menjadi stalker yang berjaya

Kalau boleh nak tahu siapa pasangan dia sebelum ini, bagaimana orangnya dan apa yang pasangan anda telah lakukan bersama bekas kekasihnya. Sendiri yang mulakan pencarian dan ingin tahu tapi sudahnya dia juga yang cemburu dan akhirnya mula mencari masalah dengan pasangan. Yang sudah berlalu biarkan berlalu, sekarangkan anda sudah bersamanya.



Mula beritahu semua orang

Mudah sangat berkongsi segala perkara dengan orang lain membuatkan perempuan seperti ini tidak disenangi. Mula-mula kongsi sedikit, lama-lama apa yang dibualkan dan apa rahsia pasangan juga mula anda kongsikan pada rakan-rakan anda. Anda sepatutnya lebih bersikap tertutup mengenai pasangan anda. Cukup sekadar rakan-rakan tahu anda sudah ada pasangan.

Menjadi seorang yang menjengkelkan

Kalau dulu seorang yang menyenangkan, kini anda mula mengokong dan menyekat segala aktivitnya. Anda sudah berlainan dan mula ingin mengawal hubungan dan keadaan. Bukan itu saja, mudah marah dan cemburu akan perkara remeh juga sangat tidak patut anda lakukan. Perkara ini akan membuat lelaki rasa tidak selesa dengan anda.

Kalau ada yang lakukan perkara ini, sila hentikan segera!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen