Jodoh Cepat Atau Lambat, Itu Ujian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh ini sama saja dengan rezeki, perkara yang anda tidak tahu dan ianya adalah rahsia Allah. Ada orang dia berjumpa dengan jodohnya pada usia yang awal, ada pula yang berjumpa jodoh saat usianya sudah cecah 30an. Jodoh setiap orang itu tidak sama.

Tentunya, kadang kala ada orang tertanya-tanya mengapa seseorang itu berkahwin awal dan ada pula yang berkahwin lewat. Nak-nak lagi bila diri sendiri yang masih mencari jodoh tak jumpa-jumpa.



Itu belum lagi letih menjawab segala persoalan “bila nak kahwin?”. Bila jumpa saudara mara, jumpa rakan-rakan tentunya persoalan ini sangat terkenal. Mungkin ada sebab mengapa kita ini masih belum bertemu jodoh lagi.

Ujian buat diri kita

Jodoh datang awal atau lambat ini sebenarnya ujian buat diri kita. Hadirnya akan menguji kita malah dia tiada juga yang menguji kita. Jodoh juga boleh buat kita semakin jauh atau dekat dengan Allah, sebab itulah jodoh ini juga salah satu ujian. Boleh jadi, anda tiada jodoh sekarang ini kerana ingin membuka peluang untuk anda mendekatkan diri dengan Allah.



Ingin kebebasan dan tidak suka dikongkong

Kehidupan bujang ini penuh dengan kebebasan, tak perlu beritahu sesiapa kita hendak ke mana ataupun minta izin ingin keluar dengan kawan. Dan ini juga merupakan alasan ramai orang bujang kenapa mereka tidak ingin berkahwin kerana kebanyakkan mereka takut hidup akan bakal dikawal oleh pasangan. Tetapi jika anda dapat seorang pasanagan yang memahami dan sentiasa menyokong segala keputusan, pasti perasaan dikawal itu tak akan pernah wujud.

Fobia dengan cinta

Kadang kala luka yang lama masih lagi berdarah, itu yang membuatkan seseorang masih bujang lagi pada ketika ini. Dia belum bersedia untuk menerima orang baru sekaligus, dia juga masih takut untuk membuka hatinya. Bab hati ini jangan buat main, kerana ia sememangnya memberi kesan yang mendalam.



Terlalu memilih pasangan

Benda yang paling biasa la didengari oleh orang bujang, sebab pasangan tak cocok dengan dirinya. Sebab tak suka perangai pelik pasangan la. Sebab tak suka pekerjaan dia la. Macam-macam sebenarnya, tapi percaya tak kadang kala Tuhan bagi kita jodoh yang bukan idaman kita. Tapi sebenarnya mereka lah yang paling sesuai dengan diri kita ini.

Terlalu fokus dengan diri sendiri

Sebabkan terlalu mengejar keselesaan diri membuatkan seseorang tiada masa untuk mencari jodoh mereka. Ada yang sibuk dengan kerjaya, kestabilan hidup malah ada yang selesa dengan diri mereka sebegitu. Itu yang membuatkan mereka masih tak jumpa lagi sesiapa yang membuat mereka selesa.

Sememangnya perkahwinan itu benda yang indah dan juga dituntut oleh Islam. Dan memang apabila diri ini tidak bersedia, pelbagai jenis alasan yang akan diberikan. Tetapi setiap manusia pasti ada pasangan mereka, lambat atau awal sahaja.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen