"Jangan Burukkan Pasangan Kita, Walaupun Tak Sempurna Dia Yang Terima Baik Buruk Kita..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang tidak akan dapat pasangan yang begitu sempurna dalam apa jua perkara. Kalau lebihnya dia pada satu perkara tentu akan kurang dalam satu perkara, begitulah sebaliknya. Walaupun rasa kecewa akan kekurangan itu tapi anda juga perlu sedar bahawa anda juga memiliki kekurangan dan tidak sempurna.

Bila mana kita berkumpul bersama rakan-rakan, tentu akan ada sesi meluahkan perasaan. Ada yang tidak puas hati akan itu, ada yang ingin sekadar berkongsi malah ada juga yang membuka keburukkan pasangan. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku.



Jangan sengaja burukkan pasangan anda walaupun anda sememangnya tidak tahan dengan sikapnya. Apa yang anda lakukan itu sepatutnya menjadi rahsia kalian berdua saja. Sama juga dengan dia terima buruknya anda.

Pada mulanya, anda mungkin akan kongsi keburukkan pasangan anda pada seorang rakan saja, tetapi jangan terkejut kalau perkara tersebut akan tersebar luas. Ini kerana, dari satu mulut boleh tersebar ke 10 mulut yang lain tanpa sedar.



Memang seronok bercakap mengenai buruknya orang sampai buruknya anda sendiri anda tidak dapat.

Cuba anda bayangkan kalau anda begitu asyik memburukkan pasangan anda, tiba-tiba dia mendengar segala apa yang anda katakan. Sedikit sebanyak tentu akan mengecilkan hatinya. Hati pasangan ini bukan orang lain yang kena jaga tapi anda sendiri.

Bukan itu saja, bagaimana kalau pasangan anda melakukan perkara yang sama terhadap anda, tentunya anda akan rasa marah dengannya. Jadi letakkan diri anda dalam situasinya. Kalau tidak suka diperlakukan sebegitu, jangan lakukan.



Tidak cukup dengan itu, bagaimana pula kalau rakan-rakan anda memberi satu tanggapan dan pandangan yang buruk pada pasangan anda. Sebagai pasangan tentunya anda akan mendapat tempias yang sama. Pasangan anda itu adalah cerminan anda.

Tidak semua orang boleh tahan dengan keburukan pasangan mereka, tetapi itu bukan alasan untuk anda berkongsi segala-galanya pada orang luar. Cara terbaik yang boleh anda lakukan adalah luahkan semula kepada pasangan anda. Cakap padanya berkali-kali agar dia memahami apa yang anda rasakan sekaligus memperbaiki apa yang perlu.

Bercakap keburukan pasangan ini sama saja anda menyebarkan aibnya. Jangan sebarkan aib pasangan nanti anda sendiri juga akan malu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen