"Jadi Orang Perempuan Jangan Syok Sangat Bila Keluarga Lelaki Masuk Meminang..." Pesan Wanita Ini Buat Anak Para Gadis.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tidak teruja bila ada lelaki yang masuk meminang. Sememangnya impian seorang gadis untuk menjadi seorang isteri dan juga ibu. Jadi bila ada yang masuk meminang, tentunya akan tersenyum manis kerana bakal tamatkan zaman bujang.

Bukan itu saja, ada juga yang terlalu gembira kerana kekasih hati masuk meminang selepas bertahun-tahun bercinta. Ini yang betul-betul dinamakan cinta, si lelaki sanggup halalkan si gadis. Tapi jangan terlalu gembira sangat, sedikit nasihat dari Pensyarah Puan Yasmin Hanani, mengenai perkara ini.



Ini serius bukan main-main.

Kes benar

Lelaki penagih, isteri kerja kerajaan.
Bila suami kena tahan di lokap, keluarga lelaki cari si isteri minta tolong jamin dari lokap.
Keluar masuk lokap, keluarga lelaki suruh isteri jamin.
Bila isteri nak minta cerai, keluarga laki tak bagi. Yelah sapa nak tanggung anak depa.

Mak bapa, abang-abang si lelaki semua sama dalam kes ni.

Jangan tak tahu ramai keluarga mengahwinkan anak lelaki mereka yang bermasalah agar isteri boleh jaga anak lelaki mereka.
Yang penagih
Yang gay
Yang kaki hutang sana sini.



Isteri professional juga ramai yg begini. Tak tahu sebab apa. HR ada data berapa ramai pekerja wanita berhutang jauh dari kemampuan kerana suami tak bertanggungjawab. Hutang kereta, rumah semua atas nama isteri.


Jadi orang perempuan jangan la syok sangat kalau famili lelaki datang meminang.

Maaf kan bahasa saya kasar.
Wanita dan keluarga wanita perlu tegas.
Tak rugi eh tolak pinangan orang.
Yang pandai cakap
Yang nampak hebat
Tulah yg bahaya.

Orang Arab berkali-kali pesan
Lelaki walaupun solatnya sepanjang malam dan rajin puasa sunat, tetapi kedekut dgn anak isteri, bukanlah suami yang baik. Culas nafkah bukan perkara kecil. Namun, kita bukanlah demanding, cukup lah lelaki itu bersungguh bekerja. Rezeki tu Allah tentukan. Tapi kalau kerja pun malas, hutang pun atas nama isteri, hmm krik krik sajalah.



Alaa isteri sedekah saja pada suami, no bukan macam tu.
Sebab tu orang Arab sangat particular bab lelaki pinang anak mereka.

Anak perempuan bukan bab mahar saja yg dibincangkan tapi risk assessment itu perlu dilakukan, tazkiah latar belakang. Janganlah rasa offended kalau bakal mertua check CTOS CCRIS PTPTN. Itu perkara asas bagi seorang laki iaitu kemampuan bayar nafkah.

Maka akan berkata lah lelaki, hmm macam ni banyak la zina, nak kahwin susah. Yang cakap macam ni sebab nak free seks sahaja. Nak seks tapi taknak bayar nafkah. Bila berkahwin kita kena bekerja, kalau tak kahwin pun memang kita kena bekerja untuk nafkah diri kita juga, kan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen