Nak Hubungan Berjaya, Kadang Kala Kena Lebih Banyak Bersabar Dari Berkata-Kata.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tidak inginkan hubungan yang dibina itu berjaya hingga ke jinjang pelamin. Tentunya mana-mana pasangan yang sedang hangat berkasih sayang ketika ini mengharapkan perkara itu terjadi. Dalam impian dan angan tentunya mahu perkara yang indah berlaku.

Namun bukan mudah nak kekalkan hubungan ini, boleh jadi hubungan anda akan lalui pelbagai cabaran. Tidak semua orang mampu lalui pelbagai cabaran yang berlaku dalam hubungan.



Dalam banyak-banyak perkara yang menduga sebenarnya sikap pasangan itu sendiri yang menjadi cabaran dalam hubungan. Nak-nak lagi kalau sikap itu datang dari anda, tentunya akan ada sedikit goyang.

Sebagai contoh, anda sentiasa mahu pasangan jadi seperti yang anda inginkan. Anda merasakan bahawa pasangan tidak cukup bagus dalam itu ini, pasangan tak cukup romantik dan lain-lain lagi. Anda akan nampak bahawa ia salah pasangan sedangkan anda sendiri yang tidak boleh terima pasangan seadanya.



Kadang kala tak semua perkara anda perlu luahkan sehingga tercetusnya pergaduhan dan salah faham. Adalah lebih baik kalau anda lakukan tindakan tapi kalau tak berjaya juga bersabar dan menerima itu akan membantu hubungan anda.

Tidak semua perkara yang anda katakan itu sebenarnya baik untuk hubungan, boleh jadi ia sekadar menjadi pencetusnya salah faham dan pertengkaran. Maka dengan itu, lebih baik anda diamkan dahulu sebelum luahkan segalanya.



Tak salah pun nak luahkan perasaan yang terbuku dihati itu, tapi pastikan pada masa yang sesuai dan juga satu persatu. Kalau semuanya datang sekaligus tentunya pasangan akan ambil jalan mudah dalam membuat keputusan.

Jadi bersabar itu lebih baik dalam hubungan untuk pastikan hubungan berkekalan. Namun anda perlu bijak, bukan semua perkara anda boleh sabar. Ada juga perkara-perkara yang memerlukan perbincangan demi kebaikan hubungan kalian berdua.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen