Doa Supaya Musibah Tidak Datang Mendekat Dan Tidak Hilang Nikmat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ujian yang datang dalam hidup kita itu adalah tanda Allah masih ingat akan diri kita. Bukan itu saja, ujian yang datang menimpa kita itu akan membuatkan kita menjadi orang yang lebih kuat. Sudah pasti setiap orang akan diuji dengan ujian tersendiri. Ada yang diuji dengan pekerjaan, dengan keluarga, dengan hubungan, mahupun kesihatan.



Maka sedarlah kita bahawa keadaan tersebut adalah dalam kuasa dan takdir Allah jua. Selain daripada usaha yang boleh dilakukan dengan kudrat yang diberikan Allah SWT, ada doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW agar nikmat yang telah diberikan kepada kita tidak ditarik kembali, serta musibah juga tidak menimpa.

وَعَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : كَانَ مِن دُعَاءِ رسُولِ الله – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – : (( اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوالِ نِعْمَتِكَ، وتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وفُجَاءةِ نِقْمَتِكَ ، وَجَميْعِ سَخَطِكَ )) – رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Dari Ibnu ‘Umar r.anhuma, ia berkata, “Di antara doa Rasulullah SAW, iaitu ‘Allahumma Innii A’uudzu Bika Min Zawaali Ni’matik, Wa Tahawwuli ‘Aafiyatik, Wa Fujaa’ati Niqmatik, Wa Jamii’i Sakhotik’

Ertinya: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan, dari seksaMu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaanMu).” (HR. Muslim, no. 2739)

Segalanya adalah dalam kuasa Allah, maka hanya Allah yang berhak memberi dan menarik apa jua nikmat kepunyaanNya. Ia bukan tanda Allah tidak adil atau tidak kasih, namun hanya satu bentuk ujian ke atas hamba-hambaNya. Bukankah Dia telah memberitahu bahawa manusia memang akan diuji dengan sedikit kesusahan, kekurangan harta benda jua kesedihan bagi melihat siapakah yang lebih sabar. Namun tidak salah juga untuk berdoa agar dikekalkan nikmat yang telah diberikan.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen