Cinta Ditolak, Tapi Rasa Sedang Bercinta. Jaga-Jaga Anda Mungkin Berdepan Sindrom Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila cinta tidak berbalas tentunya akan memberi kesan kepada hidup seseorang. Nak-nak lagi selepas berharap bahawa orang tersebut akan menerima perasaan yang dipendam dengan baik tetapi rupanya sebaliknya, tentu saja akan mula kecewa dan mula meroyan.



Namun begitu, ada juga yang berkhayal konon cintanya dibalas semula. Hal ini dikenali oleh pakar psikologi sebagai Erotomania Syndrome.



Erotomania Syndrome ialah perasaan delusi atau khayalan seseorang bahawa dia dicintai oleh orang lain. Padahal orang lain itu tidak mempunyai perasaan serupa terhadap penghidap erotomania ini.

Erotomania sebenarnya juga berbentuk dari gangguan keperibadian saat seseorang itu memiliki keyakinan bahawa orang lain memendam perasaan cinta kepada si penderita atau ingin memiliki sesuatu bentuk perhubungan.



Ia menyebabkan tekanan perasaan seterusnya pesakit akan menyalahgunakan ubat-ubatan, menyebabkan kegagalan pada fungsi otak.

Jika anda berdepan dengan perasaan sebegini, cepat sedar ia mungkin akan bahayakan diri anda. Tidak mengapa kalau cinta anda ditolak, tentu akan ada seseorang yang ikhlas menerima cinta anda seadanya kelak.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen