Jangan Tersalah Atur Kewangan Dalam Rumahtangga, Nanti Timbulkan Pertengkaran.

Oleh: Zuzu Yasmine

Waktu bujang kewangan pun sudah terasa penting, inikan pula selepas berumahtangga. Tentunya lebih banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan dan perlu disimpan dalam kegunaan harian serta masa depan. Bahkan kewangan yang tiada masalah membantu kebahagiaan rumahtangga.

Masalah kewangan dalam rumahtangga ini tidak boleh dipandang remeh saja. Mana tidaknya, ada pasangan yang bercerai gara-gara kewangan yang tidak kukuh atau tidak mampu berdepan dengan masalah kewangan.



Sebab itu, bila dah kahwin masing-masing biak suami atau isteri kena bijak uruskan kewangan. Kalau suami saja yang berkerja, maka isteri kena sama-sama bantu berjimat tapi kalau sama-sama berkerja masing-masing kena sama-sama membantu pula.

Macam mana nak jaga kewangan rumahtangga agar tak berdepan dengan masalah, begini caranya.

Tahu berapa banyak wang yang masuk setiap bulan

Paling penting, baik suami atau isteri perlu tahu berapa banyak wang yang masuk ke dalam akuan kalian setiap bulan. Bahkan, perlu diingatkan juga berapa banyak yang telah ditolak untuk membayar hutang dan juga berapa banyak pula yang perlu digunakan untuk perbelanjaan harian.



Jangan lupa untuk catat perbelanjaan

Memang agak melecehkan, tetapi perkara ini sangat membantu untuk anda tidak berdepan dengan masalah kewangan pada hujung bulan. Sentiasa catat setiap perbelanjaan yang telah anda lakukan. Tidak kiralah perkara yang kecil atau tidak penting sekalipun jangan lupa catat. Barulah anda tahu ke mana wang anda pergi.

Jangan berbelanja berlebihan

Ikut kemampuan anda dan jangan berbelanja secara berlebihan. Jika anda merasakan bahawa ada lebihan wang yang agak banyak pada bulan itu, jangan terus guna untuk berbelanja pada perkara yang bukan-bukan tetapi lebih utamakan pada simpanan.



Tiada simpanan

Kalau tidak mampu nak simpan banyak, anda mungkin boleh simpan sedikit atau 10% dari gaji anda. Tidak banyak tak apa, asalkan anda ada simpanan yang boleh digunakan saat-saat tidak terjangka. Bukan itu saja, masukkan sedikit tetapi kerap tentunya akan membuatkan tabungan anda bertambah dari hari ke hari.

Jangan cepat percaya pada kekayaan pintas

Siapa yang tidak mahu kaya dengan cepat, tapi nak kaya ini tiada jalan pintas. Jangan anda korbankan segala wang anda untuk kekayaan yang pantas. Nak kaya kena ada usaha yang kuat dan lebih, bukannya dengan laburkan wang dan hanya harapkan pulang saja.

Paling penting dalam kewangan ini adalah ukur baju dibadan sendiri bukan badan orang lain. Jadi berbelanja ikut kemampuan kalian bukan terikut-ikut gaya hidup orang lain.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen