Jodoh Itu Pun Rezeki, Ini Amalan Pembuka Rezeki Yang Patut Kita Sama-Sama Amalkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap pasal rezeki, ramai yang akan kaitkan dengan wang ringgit dan makanan saja. Sedangkan rezeki itu meluas maksudnya. Dapat hidup selesa itu rezeki, dapat kesihatan yang baik itu juga rezeki.

Bukan itu saja, jodoh yang baik dan jodoh yang datang itu juga rezeki. Jangan tersilap kerana setiap perkara yang berada di sisi kita ialah pemberian daripada Allah.



Antara usaha ataupun amalan yang boleh kita lakukan untuk membuka pintu rezeki ialah:

1. Bersedekah / infak

Abu hurairah RA pernah menyebut bahawa Nabi SAW bersabda “ Tiada suatu hari pun yang dilalui oleh seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa Ya Allah, berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat yang satu lagi berdoa Ya Allah, berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan’’ – Sahih Bukhari dan Muslim



2. Berdoa

Janji Allah kepada hambaNya ialah untuk memperkenankan doa setiap hambaNya. Jadi setiap doa yang dipanjatkan kepada Allah itu merupakan satu cara untuk mengadu kepada Allah perkara yang kita hajati. Menerusi kaedah berdoa yang betul, InsyaAllah apa yang diharapkan akan dimakbulkan.

3. Membaca Ayat Seribu Dinar

Ramai di antara kita yang menghafal ayat 2 dan 3 dari Surah At-Talaq, teruskan hafalan dan bacaan kerana dengan istiqamah membacanya kita akan memperoleh rezeki yang tidak disangka-sangka. Kita juga akan mendapat jalan keluar dari segala masalah dan mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana.



4. Solat Dhuha

Mari praktikkan solat dhuha dalam kehidupan kita. Solat dhuha ini mempunyai doa yang khusus yang di dalamnya kita memohon supaya pintu rezeki kita diluaskan. Semakin banyak kita berdoa dan beramal soleh maka permohonan kita lebih mudah dimakbulkan oleh Allah.

Jom sama-sama kita amalkan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen