Nak Jadi Orang Yang Menarik & Menyenangkan, Ini Tips Untuk Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila anda seorang yang single, sudah tentunya anda ingin mencari pasangan yang berkualiti dan seseorang yang anda inginkan. Semakin anda mahukannya, semakin sukar untuk mendapatkannya.

Biasanya, seseorang akan mendampingi anda apabila mereka ini terasa selesa dengan anda bahkan anda kelihatan menarik di matanya. Tak susah pun nak buat diri anda kelihatan menarik dan juga menyenangkan di mata seseorang.



Buat yang masih single, jom cuba tips ini.

Keyakinan

Sekiranya anda merasa tidak yakin, sedarlah bahawa anda perlu berusaha keras untuk berusaha menjadi yakin. Lelaki suka wanita yang yakin, begitu juga sebaliknya. Wanita yang yakin boleh menjaga dirinya sendiri. Seorang lelaki mahukan pasangan yang berdikari dan dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih matang.



Beri masa pada diri sendiri

Jangan terlalu mendesak diri untuk mendapatkan pasangan atau kelihatan menarik di hadapan seseorang. Bagi masa untuk diri anda selesa terlebih dahulu. Bukan itu saja, jangan terlalu mengeluh akan status anda yang single dan menganggap itu satu bebanan. Nikmati masa bujang itu dan perbaiki diri anda sedikt demi sedikit.

Lalui kehidupan yang menyeronokan

Cara terbaik untuk mencari pasangan adalah dengan tidak terus mencarinya. Dapatkan kehidupan anda yang baik dulu. Jadilah seorang yang aktif, lakukan perkara yang anda suka. Anda mungkin bertemu dengan seseorang melalui hobi anda. Anda tidak akan berjumpa dengan seseorang sekiranya anda hanya tinggal di rumah dan mengeluh akan status anda. Bangun dan aktif untuk mencari pasangan yang tepat.



Sentiasa terbuka untuk peluang

Cuba bersikap lebih terbuka, berkawan dengan sesiapa sahaja, ini akan menjadi peluang bagi anda untuk mendapatkan pasangan. Mungkin anda juga dapat menjalin hubungan dengan rakan-rakan, yang mungkin hanya dapat memperkenalkan anda kepada rakan mereka. Jangan menjadi seorang yang terlalu pemilih, ini akan menyukarkan anda mencari pasangan.

Jangan bimbang akan status single itu, tak lama lagi seseorang yang tepat akan hadir.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen