Antara Sikap Wanita Yang Tidak Disenangi Lelaki. Jangan Buat Ye!

Oleh: Zuzu Yasmine

Kena reject lelaki berkali-kali, bahkan bila mula mendekati lelaki tiba-tiba dia menjauh. Aduh... macam ada yang tak kena ini. Kalau perempuan, mana-mana lelaki yang membuat dia rasa tak selesa tentu saja akan jauhkan diri mereka, sama juga dengan lelaki.

Tidak semua lelaki mudah selesa dengan orang perempuan. Jadinya, kadang kala kita sebagai perempuan ini perlu juga tahu batasnya. Ini perkara yang membuatkan lelaki tak selesa dengan anda.



Bergurau yang tiada batasnya

Mungkin dia lelaki yang jenis suka bergurau dengan sesiapa saja. Tetapi tidak semua gurauan anda boleh lakukan terhadap mereka yang berlainan jantina ini. Nak-nak gurauan yang berkaitan dengan perkara tak senonoh seperti lucah. Kalau perempuan lain tak selesa, dia yang lelaki pun tentu rasa tak selesa dengan gurauan sebegitu. Nak gurau kena ada batasnya juga.



Terlalu gedik atau mengada-ngada

Lelaki mungkin suka perempuan yang manja, tapi bukan yang gedik atau mengada-ngada. Nak-nak lagi kalau dua perkara ini adalah sengaja dan dibuat-buat agar dapat perhatian lelaki. Memang tidak akan berkesanlah untuk dapatkan perhatian lelaki itu. Apa yang anda dapat adalah jelingan tidak disenangi nanti.

Selalu sangat minta pertolongan

Orang lelaki sekarang ini sukakan perempuan yang mampu berdikari dalam segala hal. Perempuan seperti ini mempunyai aura tersendiri. Tapi kalau anda jenis sikit-sikit minta tolong, sikit tak tahu, dan sikit-sikit perlukan bantuan. Memang lelaki akan lari nampak anda. Bukan saja tak selesa, mereka juga tak nak membantu anda.



Suka tinggi suara

Suka tinggi suara untuk dapatkan perhatian lelaki, anda silap besar. Lelaki tidak suka perempuan yang tinggi suara. Mereka ini sukakan perempuan yang bernada biasa saja. Tidak kiralah bercakap dengan orang yang dikenali atau tidak, ini barulah nampak mesra bukannya nak dapatkan perhatian lelaki saja.

Jenis yang memaksa

Lelaki juga tak selesa kalau anda perempuan yang jenis memaksa-maksa. Bila orang dah tak sudi itu sudahlah, jangan memaksa-maksa dirinya untuk kepentingan diri anda. Lelaki ini tidak suka dipaksa, nak-nak lagi dengan orang yang baru mereka kenali.

Kalau tak nak lelaki turn off dengan anda, maka jangan lakukan perkara seperti diatas ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen