Ini Antara Sebab Islam Melarang Suami Memudaratkan Isteri.

Mungkin kadang kala sikap seorang isteri itu akan menguji kesabaran anda. Ada kalanya dia adalah orang yang faham segalanya bahkan kadang kala pula dia seorang yang tidak mengerti apa-apa. Tapi itulah kehidupan suami isteri yang penuh pelbagai cabaran dan ujian.

Walau apa pun yang berlaku dalam rumahtangga anda, ada salah faham ataupun pertengkaran yang meletihkan, sebagai suami jangan sesekali meninggi suara kepada isteri anda.



Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk mengikuti teladan Nabi dalam memperlakukan isterinya. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi, Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik kalian adalah yang terbaik bagi isterinya dan aku adalah orang yang terbaik di antara kalian terhadap isteriku”.

Perlu anda ingat bahawa doa seorang isteri itu sangat hebat kuasanya.

Selain doa ibu bapa kepada anak-anak mereka dan sebaliknya, salah satu doa yang hebat adalah doa seorang isteri untuk suaminya. Jangan sekali-kali menyakiti isteri anda secara fizikal atau mental sekiranya anda masih mahu didoakan yang baik-baik dari mereka. Percaya atau tidak, seorang isteri mengambil bahagian dalam mempercepat kejayaan, kebahagiaan, dan kekayaan yang banyak untuk suami melalui doa-doa yang dipohon oleh isteri anda.



Wanita diciptakan dari tulang rusuk bengkok anda

Kenyataan ini memang tidak masuk akal dan tidak logik. Tetapi anda tahu, wanita diciptakan dari tulang rusuk bengkok, dekat dengan jantung. Jadi mereka diciptakan untuk dikasihi, tidak disakiti. Jeritan dan perlakuan kasar anda adalah menyakiti dirinya. Mereka ini perlu dilindungi bukan dikasari sesuka hati.

Mereka ini berjiwa lembut tapi hatinya sangat tabah

Walaupun dia hanya mampu mengalirkan air mata saja saat terluka, itu tidak bermakna mereka ini lemah. Bila mana mereka ini mula mengorak langkah, bayangan anda sedikit pun tidak akan dikesahkan kelak. Jangan masa itu baru anda akan sedari setiap perbuatan yang telah anda lakukan kepadanya.



Ingat setiap pengorbanannya

Jangan lupa, isteri anda adalah orang yang terima segala keburukan dan kekurangan diri anda. Bahkan mereka ini juga orang yang sentiasa ada saat susah dan senangnya anda. Tidak hanya itu saja, dia sanggup berkorban nyawa untuk melahirkan zuriat buat anda. Besar segala perngorbanannya untuk kekal bahagia di sisi anda.

Setiap kerjayaan seorang suami sudah tentu akan ada isteri yang bahagia dan gembira di belakangnya. Maka dengan itu, jangan sia-siakan isteri anda. Jaga dan lindungi diri serta hatinya.




Artikel Lain

Tinggalkan Komen