Wanita Semakin Matang Saat 30-An Menjadi Tarikan Buat Lelaki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kita selalu lihat betapa seronoknya hidup saat 20an ini. Bebas, gembira dan juga penuh dengan sesuatu yang baru. Sehinggakan, dalam bab jodoh juga kita lihat bahawa berkahwin pada 20an penuh dengan kelebihan.

Bila masuk ke alam 30an, banyak perkara yang akan semakin mendebarkan. Bila umur bertambah, ramai yang berpendapat bahawa kehidupan akan menjadi lebih sukar dan mencabar, tapi rupanya bila saat ini tiba anda menjadi seorang yang lebih matang dari anda jangkakan.



Kematangan sesuatu yang subjektif, hal ini kerana setiap orang lain pandangannya mengenai kematangan seseorang. Namun, biasanya lelaki semakin meningkat usia mereka, semakin kacak dan laku. Wanita pula, semakin berusia, semakin matang dan diminati lelaki.

Dipetik dari Bukanaku, Kematangan wanita ketika berumur 20-an di ukur dari segi personaliti luarannya, bagaimana dia menjaga kecantikkan tubuh badan dan wajah. Tetapi kecantikkan wanita ketika berumur 30-an adalah diukur dari segi cara mereka dalam mengendalikan kehidupan.



Jika dibanding dengan wanita usia 20an, wanita yang berusia 30an biasanya lebih matang dan berpengalaman. Kalau dulu ramai yang dalam fasa ‘tercari-cari’, wanita 30an lebih berani untuk mengatakan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ tanpa berasa ragu.

Kebanyakan wanita 30an nampak lebih sofistikated dan bergaya berbanding zaman mudanya kerana pada masa ini mereka lebih selesa dengan diri masing-masing.



Bagi yang bekerja, biasanya pada usia ini ramai yang sedang berada di ‘puncak’ kerjaya masing-masing. Ada yang dinaikkan pangkat, dah habis belajar Master / PhD, berjaya mengembangkan bisnes atau rasa seronok menguruskan hidupnya.

Tak kira apa pun yang berlaku, wanita pada usia ini kebanyakannya berasa seronok dan puas dengan apa yang sedang diusahakan. Kurang rasa stres, serabut dan tension macam yang biasa dirasakan pada usia 20an dulu.

Jadi tak kiralah berapa pun usia anda, percayalah setiap daripada memiliki kecantikan dan kematangan yang terletak pada hati masing-masing. Kalau matang di hati, yang lain pun akan matang. Kematangan ini mudah menjadi rebutan para lelaki di luar sana.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen