Aib Suami, Aib Isteri Juga. Jangan Senang-Senang Kongsi Dengan Orang Lain.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap manusia memang akan ada kekurangannya. Tak ada manusia yang sempurna, baik diri anda ataupun suami anda. Kadang kala memang rasa tak puas hati dengan sikap suami, kecil hati dan macam tak faham pun ada. Tapi apa yang kurangnya dari suami itu, lebih baik disimpan anda berdua saja tak perlu dihebohkan sekampung.



Menjadi satu trend sekarang ini, aib pasangan habis disebarkan melalui media sosial. Bukan itu saja, yang sibuk bersembang pasal kurangnya pasangan dengan kawan-kawan sepejabat pun apa kurangnya.

“Anda harus simpan aib pasangan anda, dengan menyebarkannya sama seperti anda sebarkan aib anda.”

Jangan terlalu ringan mulut nak cerita aib pasangan anda itu pada rakan-rakan atau orang terdekat. Nak-nak lagi kalau muat nai di media sosial, malu suami anda, sedikit sebanyak anda juga akan mendapat malunya sama. Jadi fikri sebelum lakukan perkara tersebut.



“Rasa nak lauhkan sangat, lauhkan pada Allah. Dia yang lebih layak dan lebih ketahui segalanya.”

Tugas seorang isteri adalah menjaga maruah suami, jika anda rasa nak luahkan sesuatu yang terbuku, luakan kepad Allah. Nangis sepuasnya di depanNya. Bahkan, minta kepadaNya agar suami anda berubah menjadi yang lebih baik. Hanya Allah yang mampu mengubahnya.



“Suami isteri ibarat baju yang menutup apa yang perlu di badan.”

Suami isteri itu ibarat baju, kalian saling memerlukan untuk menutup apa yang perlu. Jika terdedah sedikit, maka habis akan dilihat oleh orang lain. Maka dengan itu, pakai baju yang menutup dengan sempurna, barulah aib anda juga akan selamat dari pandangan orang.

“Pasangan itu adalah ujian yang membawa kita ke syurga.”

Sesakit hati mana kita dengan pasangan, kecewa dengan sikapnya bahkan geram dengan tingkah lakunya, itu semua ujian untuk kita sebagai suami atau isterinya. Semakin menguji sikap pasangan kita, percayalah semakin mudah untuk kita ke syurga jika kita sentiasa sabar dengannya.

Kurangnya pasangan kita itu, lindunginya dengan kelebihannya. Sakitnya hati kita itu dengan sikapnya, lihat kebahagiaan yang telah dikongsi bersama.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen