Bila Dia Dah Tak Tertarik Lagi Pada Anda, Lakukan Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam mana-mana hubungan sudah tentu akan ada pasang surutnya. Tidak semua hubungan akan sentiasa bahagia saja, kadang kala akan ada pergaduhan sedikit, selisih faham bahkan ada juga waktu nak merajuk. Ini yang akan membuatkan hubungan semakin menarik sebenarnya.

Namun begitu, kadang kala ada juga waktu-waktunya yang membuatkan pasangan kita sudah tidak tertarik dengan kita lagi. Boleh jadi, kita yang terlalu selesa sehingga tidak menunjukan satu yang unik di depannya, malah dia melihat orang lain yang lebih baik itu yang membuatkan dia berubah sedikit.



Tapi jangan kecewa terlebih dahulu, ada cara untuk tambat hatinya kembali. Cuma anda perlu lebih bijak dan jangan malas nak cuba.

Jadi seperti diawal perkenalan

Kadang kala kerana sudah terlalu selesa, kita hanya pandang sambil lewa saja sikap kita terhadap pasangan. Perubahan yang berlaku dari awal hubungan sehingga satu hubungan yang lama sudah tentu sangat ketara, jika dulu anda bersungguh kini mungkin buat tak tahu saja.



Cuba sesuatu yang baru

Mungkin dia sudah tidak tertarik dengan penampilan anda lagi. Masa inilah sesuai untuk anda ubah penampilan anda. Cuba sesuatu yang lain dari biasa anda gayakan dan lihat bagaimana reaksinya, tentu dia akan tersenyum dengan usaha anda.

Ketahui puncanya

Pasangan yang tidak lagi berminat dengan anda, pasti mereka akan menunjukkan perubahan sikap yang ketara, seperti mula bersikap dingin dan tidak lagi peduli dengan anda. Sekiranya demikian, anda mesti cepat mengetahui puncanya.



Ubah aktiviti harian kalian

Cuba cari satu aktiviti yang berlainan lebih dari biasa. Jika selalu kalian hanya habiskan masa di rumah, kini cuba untuk habiskan masa bersama di luar rumah dengan aktiviti berfaedah. Jika selalunya habiskan masa berbalas pesanan, kini cuba untuk membuat panggilan untuk jangka masa yang lama pula.

Kalau tak berubah, lepaskan saja

Sekiranya pelbagai cara yang anda lakukan untuk mengekalkan hubungan dan membuatnya kembali kepada anda lagi, tetapi ternyata dia sama sekali tidak berubah dan tidak ada perubahan dalam dirinya untuk tertarik lagi kepada anda, maka biarkan dia pergi. Sikapnya seperti itu, menunjukkan bahawa dia sudah tidak mencintai anda.

Jika kalian benar-benar menyayangi antara satu sama lain, maka kalian akan sama-sama jaga hubungan kalian.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen