Ragu-Ragu Dalam Memilih Pasangan Hidup, Buat Solat Istikharah Dulu Sebelum Beri Keputusan.

Pilih pasangan hidup ini bukan boleh buat main-main, kalau lelaki salah pilih masih ada peluang nak bimbing isteri, tapi kalau perempuan salah pilih suami boleh jadi masa depan yang diangankan itu perit kelak. Sebab itu nak pilih jodoh ini kena lihat pelbagai aspek.

Jangan lihat pada rupa paras dan pangkat saja, hati budi dan agama itu kena dilihat juga.



Kalau dapat lamaran, jangan terus terima saja. Begitu juga dengan lelaki, kalau dah suka jangan terus ajak kahwin. Perkara paling utama yang kena buat adalah solat istikharah, dah yakin dan dapat petujuk barulah buat dan beri keputusan.

Selalunya orang anggap buat sekali saja dah mencukupi, salah sebenarnya. Nak dapatkan jawapan yang mantap dihati dan betul-betul yakin, bukan hanya sekali tetapi lakukan berulang kali sehingga anda benar-benar yakin.



Bukan itu saja, petujuk yang diberi itu bukan melalui mimpi saja ada banyak petujuk yang anda perlu fahami. Sebagai contoh, dapat restu keluarga, urusan dipermudahkan dan juga anda yakin dia itu memang tepat untuk anda.

Cara mendirikan solat sunat istikharah

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan solat istikharah adalah seperti berikut;

Kesesuaian waktu

Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam iaitu sekitar 2 pagi. Bagaimanapun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan sembahyang contohnya selepas maghrib.



Niat

Baca niat berikut “sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”

Rakaat pertama

Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun atau apa-apa saja surah lain yang terbaik boleh dibaca.

Rakaat kedua

Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa saja surah lain yang terbaik boleh dibaca.

Salam dan doa

Selepas memberi salam, dimulakan dengan lafaz bismillah dan selawat, kemudian baca doa berikut:

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menersui kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engaku amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (...sebutkan hajat...) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (...sebutkan hajat...) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga urusan penhidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

- Dari hadis riwayat Imam Bukhari




Artikel Lain

Tinggalkan Komen